Ayam Masak Merah Resepi Mudah Sedap dan Simple

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera sume. Hello kawan-kawan apa khabar sume? Mudah-mudahan rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Jumpa dengan saya selalu berkongsi resepi ayam yang sedap dan mudah untuk anda. Malaysia mempunyai pelbagai jenis hidangan ayam, Semua mempunyai rasa yang lazat dan sedap. Salah satu hidangan ayam yang mempunyai banyak peminat adalah ayam masak merah. Ayam masak merah biasanya dihidangan untuk majlis bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Hidangan ini bukan sahaja di Malaysia, Terdapat juga ayam masak merah Aceh yang berada dalam wilayah Indonesia. Rasa ayam masak merah Malaysia tidak jauh berbeza dari ayam masak merah di Aceh, kedua-duanya mempunyai rasa yang sedap. Walaupun ia mempunyai kelazatan, untuk membuat ayam masak merah ini pun satu perkara yang mudah. Buat masa ini saya nak berkongsi ayam masak merah resepi mudah dan paling sedap untuk anda.

Ayam masak merah mempunyai rasa yang sedap dan pedas. Selain untuk majlis, resipi ini pun sangat sesuai dihidangkan untuk makan tengahari atau makan malam. Mungkin anda akan berfikir, jika untuk membuat ayam masak merah yang sedap ni adalah perkara yang sukar. Jangan risau, anda berada di right blog. Untuk membuat ayam masak merah ini adalah satu perkara yang mudah. Bagi anda yang baru belajar masak, anda boleh cuba ayam masak merah resepi mudah ni di rumah. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah ni

Ayam Masak Merah Resepi Mudah Sedap dan Simple

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Lemon Sedap Best dan Mudah

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam – lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
  • 3 biji tomato belah 4
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 60 ml santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 250 ml air
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • kacang peas – opsyenal
  • minyak untuk menumis

Bahan Hiris

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang besar
  • 2 cm halian – dihiris jadi 3 keping

Bahan Dikisar Halus

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 20 tangkai cili kering – direbus sebentar kemudian dikisar
  • 4 biji bawang besar
  • 2 cm halia

Cara Membuat

  1. Panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu da harum. Kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
  2. Masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.
  3. Selepas tu bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.
  4. Masukan air mengikut sesuai selera dan masukan santan untuk memekatkan. Selepas itu masukan garam dan tomato.
  5. Masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. Bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati. Bolehlah tutup api.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani.

Source: resepiayamsimple.com

Ayam masak merah yang paling sedap dah sedia dihidangkan. Sedapnyeee… Ayam masak merah ni benar-benar membuatkan saya lapar. Selain mempunyai rasa yang sedap dan pedas, ayam masak merah ni pun mudah untuk membuatnya. Sila cuba ayam masak merah resepi mudah ni di rumah dan berkhidmat untuk makan tengahari atau makan malam dengan keluarga anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Let’s Try 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Kukus Halia Sedap Sangat and Mudah

Incoming search terms:

  • resep ayam seteam melayu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *