Nasi Ayam Resepi Simple dan Paling Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Hello apa khabar rakan-rakan saya? Semoga rakan-rakan semua dalam keadaan sihat. Nasi ayam telah menjadi makanan pilihan ramai orang. Hidangan ini paling sesuai untuk makan malam atau makan tengah hari bersama rakan-rakan atau keluarga. Nasi ayam mempunyai banyak hidangan sampingan, sehingga makanan ini sangat sesuai untuk makan tengahari anda. Nasi ayam mempunyai beberapa jenis, seperti nasi ayam kukus, nasi ayam penyet ayam, etc. Ramai orang mungkin berfikir jika menjadikan nasi ayam ni adalah satu perkara yang sukar, kerana ia mempunyai banyak tambahan hidangan sampingan, seperti sup, sos cili, dan kicap nasi ayam. Tapi, jangan bimbang, kerana this time saya nak berkongsi nasi ayam resepi simple dan paling sedap untuk Anda.

Membuat nasi ayam, kesabaran memang diperlukan, kerana terdapat banyak proses-proses yang perlu dilakukan untuk membuat nasi ayam ni. Jika semua ini dilakukan dengan teliti, kemudian membuat nasi ayam adalah satu perkara yang mudah. Ini adalah resepi nasi ayam mudah yang anda boleh cuba di rumah. Jom kita tengok bahan-bahan nasi ayam resepi simple di bawah ni

Nasi Ayam Resepi Simple dan Paling Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Paprik Berkuah Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

Bahan Untuk Ayam Goreng

  • 1 ekor ayam dibelah 4 bahagian
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia yg diketuk

Bahan Untuk Diperap

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit kicap cair

Bahan Untuk Nasi

  • 5 cawan beras
  • 3 sudu besar mentega
  • 1cm halia- ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • air rebusan ayam tadi
  • sedikit garam.

Bahan untuk Sos

  • 5biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • 1/2 cawan air

Bahan untuk Sup

  • lebihan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • rempah sup
  • garam
  • daun sup yg dihiris

Bahan untuk Hiasan

  • 2 batang timun saiz sederhana
  • 4 biji tomato
  • daun salad

Cara-Cara

Cara Memasak Ayam

  1. Ayam dibelah kepada 4 bahagian,bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk..
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan untuk diperap selama 15-20min.
  3. Goreng hingga garing.Ketepikan..

Cara Memasak Nasi

  1. Basuh beras dengan bersih.
  2. Masukkan mentega dalam periuk….
  3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing..
  4. Kemudian, masukkan beras serta air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

Cara Membuat Sos

  1. Kisarkan semua bahan untuk sos..boleh juga dimasak sebentar..

Cara Membuat Sup

  1. Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup , garam dan daun sup tadi..

Source: resepimudah

Nyerrrr… Sedapnyeee.. Nasi ayam yang paling lazat telah siap dihidangkan. Selain mempunyai rasa baik, nasi ayam ni juga mudah untuk membuatnya. Sila cuba nasi ayam resepi ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Tomyam Ayam Sedap nya Best and Simple

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.