Resepi Ayam Goreng Pandan Sedap dan Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and Salam Sejahtera kawan semua. Apa khabar hari ni? Semoga sihat selalu yer. Kerana nikmat sihat memang yang utama. Kali ni saya nak berkongsi resepi ayam goreng pandan yang sedap dan mudah. Resepi ayam goreng pandan merupakan resepi ayam goreng yang dimasak guna pandan. Memang resepi ayam menjadi favorit dikalangan rakyat Malaysia. Untuk kawan penggemar resepi ayam goreng pandan boleh la cuba resepi bawah ni. Permulaan sedia bahan-bahan yang diperlukan. Lepas tu semak cara cara nya.

Resepi Ayam Goreng Pandan Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

  • Ayam seekor (potong la 20 senang nak balut)
  • 10 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
  • Selabu bawang kecik
  • 10-15 tangkai cili kering kisar (Rebus dulu)
  • Seinci halia
  • Seinci kunyit hidup
  • Sesudu jintan manis
  • Sesudu jintan putih
  • Sesudu ketumbar
  • Gula/garam/ajinomoto (optional) secukup rasa
  • Daun pandan and pencungkil gigi
  • Minyak

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Noxxa Mudah dan Paling Sedap

Cara-cara Membuat

  1. Blender semua bahan kecuali ayam, daun pandan dan minyak la obviously. Tampar kang kalo ada yang blender dengan ayam sekali. Bubuh air sikit je. Cukup-cukup untuk bagi semua bahan hancur Jangan banyak air nanti tak syiok sebab cair.
  2. Perap bahan blender tadi dengan ayam. Perap at least sejam la. Lagi lama lagi bagus sebab dia dah meresap dalam ayam so lagi sedap.
  3. Pastu balut dengan daun pandan and cucuk la dengan pencungkil gigi untuk bagi balutan tu tak terbukak
  4. Panaskan minyak and lepas tu masukkan la ayam. Goreng sampai garing macam goreng ayam biasa tu.

source : surayasulatin

Hurm sedap nyerr. Memang resepi ayam goreng pandan ni sangat mudah membuat nya. Oleh itu kawan cuba at home ya. Resapi ni sangat elok dihidangkan dalam jamuan majlis-majlis at home. Elok pulak resepi dihidangkan saat makan petang pas pulang keje. Oke sekian kongsi resepi ayam goreng pandan yang sedap dan mudah ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Tok Simple dan Paling Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.