Resepi Ayam Goreng Rangup Tepung Beras Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera semua. Semoga kawan semua sihat selalu kerana kesihatan adalah yang utama and nikmat paling mudah. Kali ni saya nak berkongsi kerana masih sehat pulak. Saya nak kongsi resepi ayam goreng rangup tepung beras and sikit tepung lain. Resepi ayam goreng rangup tepung beras merupakan resepi ayam yang digoreng supaya rangup guna tepung beras and tepung lain. Kawan dah pernah try at home resepi ayam goreng lain. Kalau dah pernah cuba resepi ayam goreng lain cuba resepi ni kerana rangup sangat and mudah. Kalau kawan nak cuba sila sedia bahan bahan seperti resepi bawah ni yer. Lepas tu semak sahaja cara resepi ayam goreng rangup tepung beras ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Ayam Goreng Rangup Tepung Beras Mudah

Bahan bahan

  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu kecil Tepung jagung.
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 2 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1/2 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 5 ulas + Halia 2 inci
  • 3 Tangkai daun kari
  • 1 kg minyak untuk goreng.
  • 1 sudu kecil gula( kalau bubuh aji tak payah bubuh gula)
  • Garam Secukup rasa
  • 2 biji putih telur
  • Air secukupnya untuk bancuhan..

Baca Juga : Resepi Ayam Paprik Berkuah Sedap Sangat

Cara cara Membuat

  1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan @ keringkan air basuhan ayam…
    Selepas air dah tos, masukkan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ayam…
  2. Kemudian, masukkan semua bahan2 lain dan gaul sebati.. Air masukkan sedikit demi sedikit..
    Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang sesuai..Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah sedikit air…Kelikatan tepung adalah amat penting diberi perhatian..,sekiranya terlalu cair tepung ini akan terlerai dari dari ketulan ayam..dan kalau terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng ler pulak…
  3. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut makanan dan perapkan dalam peti sejuk bahagian beku selama 1- 2 jam atau lebih supaya bahan2 rempah ini serap kedalam isi ayam…
  4. Selepas cukup masa perap, boleh laa goreng ye..Maka dinasihatkan agar test goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bancuhan tadi cantik kejadiaannya atau tak..
  5. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya ( ayam perlu tenggelam dalam minyak)…Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan..suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik…
  6. Untuk gorengan yang cantik ,jangan masukkan terlalu banyak ayam dalam satu2 masa..Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hanya masak diluar tapi masih berdarah didalam..pada satu2 masa cuma masukkan 4-5 ketul ayam dalam kuali yang sederhana besar pada api yg sederhana..gorengan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit…
  7. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung..
  8. Goreng ayam tak perlu terlalu lama..Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam…

source : dapur-mamasya

Sedap terbaik resepi ni. Resepi ayam goreng rangup tepung beras elok sangat dihidang bersama nasi putih or nasi lemak kesukaan kawan kat sini. Selain tu resepi ni jugak paling feveret anak anak so kawan try at home yer. Oke sekian kongsi resepi ayam goreng rangup tepung beras ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Ayam Penyet Sheila Rusly Sedap Sangat Menyelerakan

Incoming search terms:

  • resepi ayam goreng rangup tepung beras
  • ayam goreng tepung beras
  • resepi ayam goreng tepung beras
  • ayam goreng tepung simple
  • cara masak ayam goreng guna tepung beras
  • resepi ayam goreng celup tepung beras
  • tepung ayam goreng tepung beras

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.