Resepi Ayam Kukus Hainan Sedap Sangat lagi Simple

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan sume. Kawna cantik still semangat tak jalani hari as suri rumah or bonda or wanita karir. Apapon jalan yang kawan yakini semoga dipermudah segala activity nya yer. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi ayam kukus hainan sedap and lazat pantas cuba. Resepi ayam kukus hainan merupakan persatuan resepi nasi and resepi ayam kukus. Pasti la ada bahan lain. Bahan apa sahaja in resepi ni. Yuk semak sahaj bahan bahan and cara cara membuat resepi ayam kukus hainan sedap and simple lagi menyelerakan.

Resepi Ayam Kukus Hainan Sedap Sangat lagi Simple
Bahan bahan Ayam Kukus Hainan

Bahan A (Sup)

  • Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)
  • 1/2 periuk air (‘rice cooker standard size’) yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 kiub pati ayam ‘KNOR’
  • sedikit garam

Bahan B

  • daun sup
  • daun bawang
  • bawang goreng

Bahan C (Perapan ayam)

  • Kicap masin ‘Kipas Udang’
  • 2 sudu besar Sos Tiram

Bahan D-1(Nasi)

  • * Minyak dari Lemak ayam
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 helai daun pandan (dikerat 4)
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk

Bahan D-2

  • 6 pot beras (anggaran 800 gram)
  • 10 pot air
  • 1/2 kiub pati ayam ‘KNOR’
  • sedikit garam

Bahan E (Sambal Cili)

  • 10 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar gula putih
  • jus air limau kasturi dari 3 biji
  • sedikit garam

Bahan F (Kicap)

  • 1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
  • Kicap manis ‘Kipas Udang’
  • lebihan dari bahan perapan ayam (C)
  • sedikit minyak dari gorengan ayam

Bahan G

  • Timun
  • Tomato biji
  • Daun Salat

Baca juga : Resepi Ayam Bakar Noxxa Simple and Sedap Sangat

Cara cara Membuat

Cara-Cara Memasak Sup

  1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia ‘mendidih membuak-buak’.
  2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
  3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi ‘ketulan ais + air sejuk’. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu ‘moist’ sekali.
  4. Dalam periuk berisi rebusan ayam, masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
  5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B

Cara-Cara Memasak Ayam

  1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C.
  2. Perapkan selama 10 minit.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara ‘Touch and Go’ ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah
  4. pon masak dan untuk memastikan ia kekal ‘moist’.
  5. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya

Cara Memasak Nasi

  1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
  2. Dalam ‘rice cooker’, masukkan minyak ayam dan tumis bahan D-1 sehingga bawang putih ‘betul-betul garing’.
  3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
  4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.

Cara Menyediakan Sambal Cili

  1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
  2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Cara Menyediakan Kicap

  1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih

source : intaidapurfha

Kick sangat yer resepi ayam kukus hainan ni. Walau cara membuat nya sikik panjang but kawan rasa masakan ni pasti nak tambah again and again. Oke sekian kongsi resepi ayam kukus hainan sedap and menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube kawan cantik 😀

Baca juga : Resepi Ayam Bakar BBQ Sedap Sangat and Simple

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *