Resepi Ayam Masak Bali Sedap Sangat

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan sume. Apa khabar hari ni? Semoga sihat selalu yer. Jumpa kembali dengan saya untuk berkongsi resepi. Kali ni saya nak kongsi resepi ayam masak bali yang mudah dan sedap sangat menyelerakan. Kawan kat sini ada tak yang pernah ke bali? Kalau tak pernah kesana sama seperti saya. Haahaha. Resepi ayam masak bali ni merupakan resepi yang berasal dari bali pulau di Indo yang dah famous in the world. Kalau belum sempat kesana tak apa lah cuba resepi ayam masak bali ni. Untuk kawan yang nak cuba sila sedia bahan bahan seperti bawah ni yer. Lepas tu semak cara cara menyediakan resepi ayam masak bali yang sedap and mudah.

Resepi Ayam Masak Bali Sedap Sangat Menyelerakan

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam saiz sederhana yang di cuci bersih dan toskan*
  • 1 camca teh penuh kunyit serbuk*
  • 3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
  • 6 batang serai, diketuk ( untuk 1 ekor ayam, saya guna 9 batang serai je)
  • 4 pelepah daun kari ( kalau 1 ekor ayam, saya guna 5 tangkai daun kari)
  • 1 camca besar kicap lemak manis JALEN ( saya guna sos manis ABC)
  • 1 camca besar rata gula atau agak agak je ( saya guna 2 ketol gula kabung)
  • Garam secukup rasa ( saya guna garam bukit)
  • 1/2 cawan air ( saya agak agak je air, kalau nak pekat jangan letak banyak air)

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Penyet Azie Kitchen Simple dan Sedap 

Bahan bahan Kisar Halus

  • 4 biji bawang besar ( saya guna 5 biji bawang besar untuk 1 ekor ayam)
  • 8 ulas bawang putih ( saya guna 8 ulas bawang putih untuk 1 ekor ayam)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan ( tak letak belacan pun takpe. Tapi mungkin akan kurang rasa ‘kick’)
  • 1/3 cawan cili kering ( saya guna cili giling. Nak guna cili merah pun boleh je)

Cara cara Membuat

  1. Goreng ayam tadi hingga hingga separuh masak. Saya buat macam ni untuk gaulkan ayam dengan sambal lebih lama. So, sambal nanti akan menyerap dalam ayam.. Sedap! Asingkan.
  2. Tumis serai hingga wangi dan masukkan daun kari dan masak sekejap hingga layu sikit. Tambah bahan-bahan yang dah di kisar halus.
  3. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.( kalau nampak sambal tu meletup letup dalam kuali, haaa nak dekat garing la tuu)
  4. Masukkan gula kabung dan garam secukup rasa.
  5. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit.
  6. Tuang Sos manis ABC atau kicap manis. Kalau tak nak letak gula, pun takpe. Sebab Sos Manis pun dah manis hehhe..Atau boleh tuang sedikit Kicap Masin supaya ada rasa pedas, manis dan masin serentak. Nyumnyumm..
  7. Saya pula bagi tips : tuang kicap 5 titis je supaya sambal tu nampak ala ala maroon.
  8. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala.
  9. Kalau dah try rasa kemasinan balance dengan kemanisan dalam ayam tu, maksudnya siap! Dah boleh makan dengan nasi atau lemang atau ketupat palas 😉

source : bysyiraishak

Sedap nyerr resepi ni. Resepi ni saya peroleh dari blog bysyiraishak. Ijin berkongsi kat sini akak. Resepi ayam masak bali ni sangat sedap jika dihidangkan saat jamuan makan petang. But kalau kawan nak cuba buat makan tengah haripon boleh. Oke sekian kongsi resepi ayam masak bali yang sedap and sangat menyelerakan ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Kaki Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap

Incoming search terms:

  • resepi ayam masak bali azie kitchen
  • resepi ayam azie kitchen

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *