Resepi Ayam Masak Butter Sedap Sangat Menyelerakan

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan cantik sume. How your days? Semoga all of your activity will be fine and semoga sihat selalu yer. Esok kawan cantik nak masak apa? Are you have idea nak try resepi apa? Kalau takde idea boleh cuba resepi yang nak saya kongsikan ni. Iaitu resepi ayam masak butter sedap sangat menyelerakan. Resepi ayam masak butter merupakan resepi ayam yang dimasak dengan pelbagai bahan seperti butter, yogurt, biji buah pelaga and etc. Pasti sedap sangat resepi ayam masak butter ni. Kalau kawan nak cuba sila sedia bahan bahan yagn diperlukan seperti resepi bawah ni yer. Lepas semua bahan diperlukan tersedia kawan cantik semak cara cara membuat resepi ayam masak butter sedap sangat ni yer. Jom semak resepi nya.

Resepi Ayam Masak Butter Sedap Sangat Menyelerakan

Bahan-Bahan

  • 1 kg isi daging ayam , potong kiub agak besar sedikit. Kalau separuh ayam jadikan dalam 5-6 enam bahagian.
  • 75 gm butter, dalam 3 sudu besar (butter asli yea bukan butter cup pulak, ia nama saja butter tapi majerin).
  • 2 sudu besar minyak masak untuk goreng sikit ayam dan tumis bawang.
  • 135 gm Yogurt asli ( Yogurt asli Nestle yang kecil) jangan yang masam.
  • 50gm badam direbus, buang kulit dan dikisar halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1 sudu besar rempah kari daging.
  • 1 sudu besar serbuk cili ikut kepedasan – boleh kurangkan 1/2 sdb.
  • 1/2 kecil garam masala.
  • 4 biji buah pelaga.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 400gm tomato puri (lebih kurang 3/4 tin yg berat 430gm).
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar perahan jus limau nipis.
  • 1 cawan susu cair / sejat dalam tin.
  • 2 cawan stok ayam kalau ada, tak ada pakai air biasa dengan 1 kiub ayam knorr.
  • Garam secukup rasa.daun ketumbar untuk ditaburkan di atas.
  • Jangan lupa daun ketumbar untuk dirabur di atas

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ayam Paling Sedap Best

Cara cara Membuat

  1. Awal mula bersihkan ayam and masukkan daging ayam dalam sebuah bekas (bowl) bukan jenis logam. Masukkan jus limau, sebuk cili sedikit garam diperam selama 30 minit.
  2. Selepas 30 minit masukkan rempah kari daging, garam masala dan yogurt dan peram kembali dalam 30 minit lagi.
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana masukkan bunga cengkih dan pelaga, selepas itu masuk hirisan bawang dan layukan (warna bawang bertukar menjadi cerah dan kuning keemasan). Masuk pes halia bawang putih tumis selama 2-3 minit lagi.
  4. Selepas pes halia bawang putih mula keluarkan aroma, masukkan ketulan ayam (kalau takut melekat dalam kuali tambahkan satu sudu besar minyak masak dalam daging ayam yang peram). Goreng (seperti grill) ketulan ayam sehingga warna bertukar kepada putih dan mula keras sedikit. Tujuan nya untuk keluarkan jus ayam dalam daging dan keraskan ketulan ayam untuk tidak lerai semasa masakan.
  5. Masukkan tomato puri, sos cili, air stok ayam, kisaran badam dan susu sejat. Masak sampai kuahnya jadi pekat dan isi ayam masak sempurna dengan api dapur yang sederhana.
  6. Ambil kuali satu lagi, panaskan kuali dengan api dapur sederhana, masukkan butter dan cairkan. Tuang hasil cairan butter dalam ayam yang telah masak.
  7. Hidangan telah siap…seperti biasa tabur daun ketumbar diatas hidangan (mamak haji tak suka). Kalau warna nya tidak dapat yang diharapkan masukkan sedikit pewarna merah-oren..settle.

source : jajanpasarindo

Sedap nyerrr. Resepi ayam masak butter ni boleh dihidang bersama nasi putih or nasi suai selera kawan. Resepi ni elok dihidang saat jamuan makan petang. Selain sedap perolehan bahan resepi ayam masak butter ni mudah sangat so kawan try at home yer. Oke sekian kongsi resepi ayam masak butter sedap sangat menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Ayam Panggang Kicap Simple and Sedap Best

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *