Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Simple dan Best Sedapnya

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, Salam sejahtera semua. Hello berjumpa lagi dengan saye yang selalu berkongsi pelbagai aneka resepi ayam yang paling lazat untuk anda. Anda ingin memasak ayam berkuah yang segar dan baik untuk kesihatan? Ayam masak halia merupakan pilihan yang tepat. Ayam masak halia berkuah sangat sesuai dihidangkan apabila musim sejuk datang. Ayam yang dimasak menggunakan halia ni di samping mempunyai rasa yang sedap, baik pula untuk kesihatan badan. Kandungan halia dalam resipi ini dapat memanaskan badan. Jika anda ingin membuat ayam masak halia berkuah ni, masa ini saya nak berkongsi resepi ayam masak halia berkuah simple dan paling sedap untuk anda.

Ayam masak halia berkuah ni saya dapat dari blog mama Ana. Terima kasih mama Ana berkongsi resipi ni. Resepi ini sangat mudah untuk praktikal dan rasa masakan ini sangat sedap. Tidak kurang sedap berbanding ayam masak halia azie kitchen, hehee… Anda sudah tidak sabar mahu membuat hidangan ini? jom kita tengok resepi ayam masak halia berkuah yang simple dan paling sedap dibawah ini

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Simple dan Best Sedapnya

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Paprik Berkuah Simple dan Sedap

Bahan-Bahan :

  • Dada ayam – dipotong kecil (MA gorengkan dahulu)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(* bahan nie di blander/ditumbuk kasar)
  • 1″ halia – dihiris nipis saperti mancis
  • 1 biji bawang besar – dibelah 4 & diceraikan kelopaknya
  • 1/4 capsicum/lada benggala – dipotong kecil
  • 1 biji tomato sederhana besarnya – dipotong 6
  • 1/2 biji lobak merah – dipotong bulat
  • 7-10 biji cili padi – diketuk/dibelah 2
  • 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1 sudu kecil tepung jagung- di bancuh dengan air
  • Sedikit sos tiram, sos tomato & sos cili
  • Sedikit kicap
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam & gula

Cara Memasak :

  1. Perap ayam yang di potong kecil dengan sos tiram, sedikit serbuk lada hitam kasar & sedikit garam. Ikut suka nak perap berapa lama (lagi lama lagilah elok). Macam MA nak cepat perapkan 15 minit je…
  2. Panaskan minyak & goreng ayam….tapi ada orang tak goreng – terpulang ngan citarasa masing-masing. Bila dah elok garing ketepikan.
  3. Dengan mengunakan minyak yang sama, jika banyak buangkan sikit minyak tu, tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk kasar bersama dengan halia hingga naik bau & kekuningan.
  4. Masukkan bawang besar, capsium, lobak merah & cili padi. Kacau sebatikan.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili. Masukkan juga air & sedikit kicap. Kacau sebatikan.
  6. Bila dah mendidih masukkan kepingan dada ayam yang telah di gorengkan tadi. Kacau sebatikan.
  7. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah berbancuh dengan air, sesuaikan kepekatannya spt yang kita kehendaki….jangan lah pekat sangat…cair-cair manja ….gituuu.
  8. Last sekali masukkan buah tomato, bersama garam & gula serta pati ayam. Kacau rata & sesuaikan citarasanya spt yang di kehendaki.
  9. Bila dah berpuas hati, tutupkan api……boleh lah di hidangkan

Source: MamaAna

Nyerrr… Sedapnyee… Ayam masak halia berkuah ni sangat sesuai dihidangkan untuk makan malam bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Sila cuba resepi ayam masak halia berkuah ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Simple dan Best Sedap nya

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.