Resepi Ayam Masak Halia Madu Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Hello, bagaimana khabar kawan-kawan? Mudah-mudahan rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Berjumpa lagi dengan saya selalu setia berkongsi aneka resepi ayam yang simple dan sedap untuk anda semua. Buat masa ni saya nak kongsikan resepi ayam masak halia madu yang paling sedap untuk korang semua. Ayam masak halia madu adalah salah satu makanan yang baik untuk kesihatan. Resipi ini menggunakan halia dan madu telah terbukti mempunyai banyak faedah yang baik untuk kesihatan badan kita. Makanan ini pun baik pula untuk korang yang sedang diet.

Terdapat banyak hidangan ayam madu yang mempunyai rasa yang lazat seperti ayam masak madu berkuah, ayam masak kicap madu, ayam masak halia madu dan banyak lagi. Semua hidangan ayam madu ni mempunyai rasa yang sedap. Dilihat daripada faedahnya, ayam masak halia madu adalah yang paling baik untuk kesihatan badan kita. Jika korang tak pernah membuat masakan istimewa ni, anda boleh cuba untuk membuat sendiri di rumah. Ok, langsung sahaja kita tengok resepi ayam masak halia madu di bawah ni

Resepi Ayam Masak Halia Madu Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan :

  • isi ayam yang dipotong kecil2-diperap dengan jus lemon sekejap
  • 1biji bawang besar- dihiris
  • 3ulas bawang putih-dihiris
  • 3cm halia muda- dihiris
  • 1 biji cili merah -dihiris
  • 1 btg carrot-dipotong
  • sedikit brokoli
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • secubit garam
  • dan secubit serbuk lada hitam
  • sedikit minyak zaitun utk menumis

Cara Membuat :

  1. Bawang besar, bawang putih dan halia ditumis terlebih dahulu sehingga wangi dan sedikit layu.
  2. Kemudian masukkan isi ayam…gaulkan dengan bahan tumis sekejap…masukkan sedikit air…tutup sekejap.
  3. Masukan carrot dan brokoli. gaul rata….masukkan pula sos tiram, madu, garam dan serbuk lada hitam dan cili merah….
  4. Gaul2 sekata…sesuaikan rasa..agak2 ayam dah masak boleylah tutup api….

Source: ainuri

Ayam masak halia madu paling sedap telah siap dihidangkan. Selain mempunyai rasa yang sedap, ayam masak halia madu ni pun mudah untuk membuatnya. Bahkan bagi korang yang baru untuk belajar masak, anda boleh cuba membuat hidangan ini. Sila cuba resepi ayam masak halia madu ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Madu Simple dan Sedap

Incoming search terms:

  • Resipi Ayam Masak Halia Madu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.