Resepi Ayam Masak Halia Simple dan Paling Sedap

Assalamualaikum rakan-rakan, salam sejahtera semuanya. apa khabar hari ni? Semoga semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Untuk anda peminat aneka resepi ayam kini hadir di blog kogsiresepiayam.com yang akan memberikan pelbagai jenis resepi ayam untuk Anda. Ini adalah post pertama saye. Pada mulanya saya tak tahu apa yang ingin post resipi yang pertama, kerana terdapat begitu banyak jenis hidangan ayam, Semua mempunyai rasa yang lazat. Akhirnya, saya memutuskan untuk mengambil salah satu kegemaran keluarga saya jika untuk hidangan ayam, masak ayam halia. OK, buat masa ini saya akan berkongsi resepi ayam masak halia simple dan paling sedap untuk anda.

Membuat ayam masak halia ini mungkin akan membuat anda berfikir sekiranya membuat makanan ini sukar dan susah difahami. Tetapi, don’t wory anda berada di right blog. Ayam masak halia yang saya akan berkongsi ini adalah yang paling mudah dan paling sedap citarasanya. Walaupun ia menjadikan di dalam cara yang mudah, tetapi ia tak kalah sesap dengan ayam masak halia azie kitchen, hehehee… jom langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Ayam Masak Halia Simple dan Paling Sedap

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam ~ potong kecil, basuh bersih dan toskan (bolehlah goreng dulu ayam ni dengan kunyit dan garam)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang atau sup ~ potong pendek
  • 1 biji buah tomato ~ belah 4
  • 1/2 batang carrot ~ potong kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula

Bahan Hiris

  • 5 cm halia
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

Source : Yatie

Ayam masak halia dah sedia dihidangkan. Simple dan mudah untuk membuat ayam masak jahe ni? Sila cuba resepi ayam masak halia simple dan paling sedap ni di rumah dan hidangkan masakan ni untuk makan malam bersama keluarga. Jika Anda suka masakan ni, jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan Anda. Selamat mencuba 😉

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.