Resepi Ayam Masak Kicap Mudah Sedap Best

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera sume. Hello kawan-kawan apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan saya sentiasa dalam Kesihatan yang baik dan diberikan kesenangan di dalam segala urusan. Jumpa lagi dengan saya yang selalu berkongsi pelbagai resepi ayam yang paling sedap untuk anda. Siapa yang tak pernah merasai ayam masak kicap? Semua pasti bersetuju jika masakan ini mempunyai rasa yang sedap. Rasa manis hidangan ini benar-benar membuatkan sesiapa sahaja yang pernah merasai masakan ini menjadi ketagih. Selain mempunyai rasa yang sedap, untuk membuat ayam masak kicap ni pun mudah. OK, buat masa ni saya nak berkongsi resepi ayam masak kicap mudah dan paling sedap untuk anda.

Ayam masak kicap ni biasanya dihidangkan untuk Makan tengah hari dengan keluarga saya. Seisi keluarga suka hidangan ini. Inilah ayam masak kicap sedap yang menjadi kegemaran keluarga saya. Walaupun untuk membuat ayam masak kicap ni adalah satu perkara yang mudah, jangan risau, rasa ayam masak kicap ni pun tak kalah sedap dari resepi ayam masak kicap chef wan, hehee… Ok, langsung sahaja jom kita tengok resepi ayam masak kicap mudah dan sedap di bawah ni

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah Sedap Best

Baca Juga : Resepi Ayam Penyet Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
  • 2 sudu besar kicap
  • 2 ulas bwg putih (ditumbuk)
  • 1/2 labu bawang besar (ditumbuk)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 biji cili padi (dihiris)
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara Membuat

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan ayam, kicap, cili padi, sedikit air dan kacau sehingga rata.
  4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga empuk.
  5. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
  7. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Source: ciktom.com

Ayam masak kecap yang sedap dan mudah ni dah sedia dihidang. Sedapnyeee… Ayam masak kicap ni sesuai dihidangkan semasa masih panas. Hidangkan bersama nasi hangat, pastilah akan terasa lebih sedap. Sila cuba resepi ayam masak kicap mudah dan sedap ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Let’s Try 😉

Baca Juga : Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *