Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com –  Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Hello kawan-kawan, apa khabar semua hari ini? Mudah-mudahan hari ini rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Bertemu sekali lagi dengan saya selalu berkongsi aneka resepi ayam yang sedap untuk korang semua. Ayam lagi… ayam lagii… tak bosan masak ayam. Ayam masak kicap biasa berkhidmat untuk majlis-majlis bersama rakan-rakan atau keluarga. Hidangan ini mempunyai rasa yang sedap yang menjadikan makanan ni disukai oleh ramai orang. Buat masa ini saya nak berkongsi resepi ayam masak kicap simple dan sedap untuk korang semua.

Jika anda berfikir membuat ayam masak kicap adalah sukar, anda salah. Untuk membuat ayam masak kicap ini adalah sebenarnya mudah. Cara-cara membuat ayam masak kicap ni memang berbeza dengan cara masak ayam masak merah. Tapi rasa ayam masak kicap ni masihlah sedap. Tidak kurang sedap dengan resepi ayam masak kicap chef wan, hehee.. Ok, jom langsung sahaja kita tengok resepi ayam masak kicap simple dan sedap di bawah ni

Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Halia Madu Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

  • ½ ekor Ayam (digoreng terlebih dahulu)
  • 1 Batang Cili besar Merah (di hiris tebal dan menyerong)
  • 5 batang cili padi (di potong 3)(mengikut citarasa pedas anda)
  • Sedikit Kicap Manis
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Ajinamoto
  • Sedikit sos tiram
  • daun limau purut
  • beberapa hirisan halia
  • ½ biji bawang besar(dihiris nipis)
  • sedikit air
  • 1 biji kentang

Bahan Kisar

  • 7 ulas bawang merah kecik
  • 4 ulas bawang putih

Cara-Cara

  1. Tumiskan bahan kisar tersebut dan hirisan halia sehingga naik bau.
  2. Setelah tu masukkan sedikit kicap manis,sos tiram,sedikit air,cili besar dan cili padi.
  3. Kemudian diikuti dengan garam dan ajinamoto.
  4. Masukkan kentang san daun limau purut.
  5. Kemudian masukkan ayam,tunggu sehingga kentang empuk.
  6. Kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
  7. Angkat dan hidangkan.

Source: tumis.my

Nyerrr… Sedapnyeee… Rasa ayam masak kicap ni sememangnya sedap. Sesiapapun pastilah ingin menghabiskan hidangan istimewa ini. Sila cuba resepi ayam masak kicap simple dan sedap ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Semoga berfaedah dan Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Madu Simple dan Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *