Resepi Ayam Masak Likku Mudah dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Hello kawan-kawan, apa khabar? semoga rakan-rakan dalam Kesihatan yang baik dan sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan. Berjumpa lagi dengan admin yang akan berkongsi resepi hidangan ayam yang paling lazat untuk anda semua. This time admin nak berkongsi resepi ayam masak likku mudah dan sedap untuk korang semua. Anda pernah merasai ayam masak likku? Mungkin bagi sesetengah orang telah pernah merasai ayam masak likku. Ayam masak likku juga dikenali sebagai ayam masak lengkuas. Ayam masak likku ni datang dari suku kaum Bugis terutamanya di Tawau. Ayam masak ni mempunyai rasa yang tersendiri, dan anda harus cuba.

Ayam masak likku ni pun dijual di kafe. Tetapi, untuk mencuba masaka ni, anda tak perlu pergi ke kafe, kerana kini anda boleh membuat sendiri di rumah. OK, jom kita tengok resepi ayam masak likku di bawah ni:

Resepi Ayam Masak Likku Mudah dan Sedap

Baca Juga: Resepi Ayam Percik Terengganu Asli Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (sebaiknya ayam kampung atau ayam pencen) – potong 12 bahagian
  • 400 gram lengkuas muda – parut
  • 7 batang serai – ambil isinya yang putih – parut
  • 1 liter santan pekat
  • 4 sudu makan kerisek
  • 1 sudu makan lada putih – tumbuk (saya letak 1 sk jer sebab dah letak cili padi)
  • garam secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:

  • 1 ketul kunyit hidup
  • saya tambah cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
    (saya guna presure cooker dan ayam pencen jadi saya masukkan semua bahan diatas dan presure cooked selama 40 minit. lepas tu saya stir fry sampai pekat.)

Cara Memasak

  1. Masukkan santan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih
  2. Bila kuah terbit minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap, dan masak sekata.
  3. Sementara menunggu kuah menjadi pekat, ringan-ringankanlah jari jemari tu menumbuk kerisek!
  4. Lepas tu, jengoklah masakan dalam periuk, dan bila nampak kuah mula memekat, masukkanlah kerisek. Kacau sekali sekala supaya bawahnya tidak berkerak tapi hati-hati jangan sampai daging ayam terkoyak, maklumlah kita gunakan ayam daging! Pada masa ini bolehlah masukkan garam atau perasa lain mengikut selera masing-masing. Sedap dihidangkan dengan burasak.

Source: zulfadreamland

Ayam masak likku dah siap dihidangkan. Nyerrr… sedapnyeee… ayam masak likku ni paling lazat dihidangkan bersama nasi panas. Anda boleh membuat masakan ni untuk majlis bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Sila cuba resepi ayam masak likku ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga: Resepi Ayam Penyet Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.