Resepi Ayam Masak Merah Madu Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Hello, jumpa sekali lagi dengan saye yang selalu berkongsi pelbagai resepi ayam yang simple dan sedap untuk anda semua. Bimbang nak masak apa hari ni? Ingin masakan yang sedap dan juga baik untuk kesihatan? Jom kita masak ayam masak merah madu. Siapakah yang tak tahu dengan madu? Bahan-bahan semulajadi yang berasal dari lebah ni mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan badan kita. Madu dikenali kerana dapat mengubati pelbagai penyakit, sebagai sumber nutrien kepada badan, anti-bakteria, dan banyak lagi. Buat masa ini saya nak berkongsi resepi ayam masak merah madu yang simple dan sedap untuk anda.

Semua orang pasti bersetuju jika resepi ayam masak madu adalah salah satu daripada hidangan ayam yang paling lazat. Tapi, ayam masak merah madu pun mesti anda cuba. Masakan ini mempunyai rasa madu yang manis dan rasa pedas yang juga disukai oleh ramai orang. Ok, jom kita tengok resepi ayam masak merah madu simple dan sedap di bawah ni

Resepi Ayam Masak Merah Madu Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Madu Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 cawan santan
  • madu

Bahan Untuk Dikisar Halus

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 1 ulas kecil kunyit
  • 1 batang serai hiris nipis
  • 10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji

Bahan Untuk Ditumis

  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 2biji bwng putih(ditumbuk)
  • 1 Kulit kayu manis
  • Satu tangkai daun kari

Cara-Cara

  1. Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
  2. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
  4. Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat dan masukkan madu mengikut kesesuaian.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula.Tunggu sehingga mendidih. Siap dan hidangkan.

Source: resepibonda

Nyerrr… sedapnyee ayam masak merah madu ni. Hidangan ini adalah paling sesuai dihidangkan untuk makan malam atau makan tengahari bersama keluarga. Keluarga anda pastilah menjadi ketagih dengan hidangan ini, kerana ia mempunyai rasa benar-benar sedap. Selain mempunyai rasa yang sedap, hidangan ni pun juga mudah untuk membuatnya. Mungkin masa yang akan datang kami nak cuba membuat ayam masak kicap madu juga mempunyai rasa yang lazat. Sila cuba resepi ayam masak merah madu ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi resipi ni dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Korea Simple dan Sedap

Incoming search terms:

  • resepi ayam masak madu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.