Resepi Ayam Masak Merah Mudah, Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Hello apa khabar rakan-rakan saya? Saya berdoa semoga teman-teman dalam keadaan sihat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Ayam masak merah merupakan hidangan yang disukai oleh ramai orang. Ia mempunyai rasa sedap dan pedas yang membuatkan ramai orang suka hidangan ini. Masakan ini disajikan untuk Makan tengah hari atau untuk majlis bersama-sama dengan rakan-rakan anda. Hidangan ini juga biasa dihidangkan untuk majlis perkahwinan. Ramai orang mungkin berfikir untuk membuat ayam masak merah itu adalah satu perkara yang sukar. Malah untuk membuat ayam masak merah adalah satu perkara yang mudah. Kerana buat masa ni saya nak berkongsi resepi ayam masak merah mudah, simple dan sedap untuk korang semua.

Untuk membuat ayam masak merah adalah sebenarnya satu perkara yang mudah. Sesiapa sahaja boleh membuat hidangan ini di rumah. Walaupun jika anda baru belajar memasak. Jika anda tidak pernah membuat hidangan ini, anda harus mencubanya. OK, jika anda ingin tahu, jom kita tengok resepi ayam masak merah mudah ni di bawah

Resepi Ayam Masak Merah Mudah, Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

  • Ayam setengah ekor (digoreng terlebih dahulu)
  • 3 sudu besar Cili Giling (Boleh letak banyak kalau nak pedas)
  • 1/2 batang Kulit Kayu Manis
  • 3 ulas Bawang Putih (kisar)
  • 1/2 inci Halia (kisar)
  • 2 biji Bawang Merah Besar (kisar)
  • 1/2 inci Lengkuas (kisar)
  • Sos cili
  • Sos Tomato
  • Pes Tomato
  • Garam & gula. (nak manis gula lebih)
  • 1 labu bawang besar kuning (dihiris bulat)
  • Daun bawang (dihiris)

Cara Masak Ayam Masak Merah

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis cili giling sehingga garing dan kegelapan! (wajib)
  2. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama iaitu bawang putih, halia, bawang merah besar dan lengkuas. Sehingga betul betul garing dan sedikit gelap! (wajib)
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, pes tomato dan garam serta gula secukup rasa.
  4. Biarkan mendidih sebelum di masukkan ayam yang telah di goreng..
  5. Taburkan bawang dan daun bawang yang dihiris.
  6. Gaulkan Siap dah untuk di hidang..!

Source: Resepi Mudah

Ayam masak merah dah ready dihidangkan. Sedapnyeee.. Hidangkan ketika masih panas. Rasa ayam masak merah yang sedap ni sudah tentu akan membuat sesiapa sahaja yang merasai ia menjadi ketagihan. Selain mempunyai rasa yang sedap, ayam masak merah ni pun mudah untuk membuatnya. Sila cuba resepi ayam masak merah mudah dan sedap ini di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Halia Madu Simple dan Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.