Resepi Ayam Masak Merah Simple dan Sedap Best

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and Salam Sejahtera semua kawan terbaik. Semoga kawan semua healthy always and berlimpah rezeki. Kembali ke entry kongsi resepi. Saya nak berkongsi resepi ayam masak merah simple but best sedap nya. Kawan semua ada yang tak gemar makan ayam? Saya rasa tak de yang tak gemar makan ayam, lebih lagi resepi ayam masak merah ni. Kerana bahan ayam memang mudah diperoleh except ayam kampong. Resepi ayam tu banyak macamnya. Ada ayam masak merah tanpa santan, ayam masak merah kenduri and ayam masak merah madu. But setiap resepi tu memiliki rasa yang berbeza. Oke untuk penggemar ayam boleh cuba semak bahan-bahan and cara cara nya bawah ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Ayam Masak Merah Simple dan Sedap Best

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam – digaul dengan garam-kunyit dan digoreng separuh masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 6 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 hingga 2 cawan air – ikut banyak mana kuah yang dikehendaki
  • 3 biji tomato – dibelah 4
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 6 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Simple dan Best Sedap nya

Bahan Hiris Nipis:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara-Cara Memasak Ayam Masak Merah:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan hiris nipis hingga layu dan wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Gaul rata dan biarkan seketika.
  5. Masukkan air mengikut banyak mana kuah yang dikehendaki. Kacau rata.
  6. Masukkan santan. Kacau rata.
  7. Masukkan buah tomato, garam dan gula. Kacau rata. Masak hingga pecah minyak dan kuah pekat seperti yang dikehendaki.
  8. Tutup api dan hidangkan.

source: cikguani

Hurrrm Sedap terbaik resepi ayam masak merah ni. Memang la dah famous kali resepi ni. Korang mana yang tak kenal resepi ayam masak merah ni. Pelbagai versi chef ternama dah buat suai style nya. Oleh itu untuk kawan yang nak cuba boleh la berkongsi hasil disini. Resepi ni elok dihidangkan saat jamuan makan petang bersama family tercinta. Pasti la hubungan keluarga semakin mesra. Oke sekian kongsi resepi ayam masak merah yang sedap best and simple ni. Semoga berfaedah untuk kawan and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Cili Padi Pedas Simple

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *