Resepi Ayam Masak Merah Tanpa Santan Mudah dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua kawan-kawan. Ayam masak merah merupakan salah satu menu kegemaran keluarga saya. Makanan ini biasanya dihidangkan untuk makan tengahari atau makan malam bersama keluarga. Aroma masakan ini membuatkan sesiapa sahaja ingin rasa makanan ini. Makanan ini benar-benar membuat sesiapa pun suka kerana rasanya yang sedap. Walau bagaimanapun, ramai orang mungkin berfikir jika membuat ayam masak merah adalah sukar. Jangan bimbang, kerana jika anda ingin membuat ayam masak merah yang mudah dan lazat, anda berada di right blog. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi ayam masak merah tanpa santan yang mudah dan sedap untuk anda.

Walaupun ayam masak merah ni tidak menggunakan santan, tapi rasa hidangan ini masihlah sedap. Resipi ini adalah sesuai untuk anda yang akan belajar masak, seperti saye, hehee… Ini adalah ayam masak merah simple yang anda boleh cuba di rumah. Jom, kita tengok bahan-bahan dan cara membuat resepi ayam masak merah dibawah ni

resepi ayam masak merah tanpa santan

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Pandan Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

  1. 1/2 ekor ayam
  2. 3 ulas bawang merah kecil*
  3. 4 ulas bawang putih*
  4. 2cm halia*
  5. 1 biji tomato
  6. 4 sb cili kisar
  7. Secukupnya sos tomato
  8. 1 biji bawang merah besar
  9. 1 batang serai
  10. Secukupnya gula
  11. Secukupnya garam
  12. Sikit serbuk kunyit

Cara Memasak Ayam Masak Merah

  1. Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng sehingga garing.Ketepikan.
  3. Tumbuk dan tumis bahan *
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos tomato,serai,bawang besar dan tomato.
  6. Apabila bawang besar mula layu,tambah gula dan garam.
  7. Kacau rata.

Ayam masak merah dah sedia dihidangkan. Ayam masak merah paling lazat dimakan dengan nasi panas. Keluarga Saye juga sentiasa menambah sampai tak ada makanan yang tinggal. Selain daripada mempunyai rasa yang sedap, membuat ayam masak merah pun mudah. Anda perlu mencuba dan Hidangkan untuk keluarga anda. Sila cuba resepi ayam masak merah tanpa santan ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Noxxa Mudah dan Paling Sedap

Incoming search terms:

  • ayam masak merah tanpa santan
  • resepi ayam masak merah tanpa santan
  • resepi ayam berkuah tanpa santan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *