Resepi Ayam Masak Paprik Berkuah Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum rakan-rakan, Salam sejahtera semua. Ayam paprik adalah hidangan yang digemari oleh masyarakat Malaysia. Rasa manis dan masam membuat masakan ini mendapat tempat yang istimewa di hati Para peminatnya. Semua orang pasti tahu paprik ayam ala thai. Hidangan ini digemari oleh ramai orang kerana masakan ni benar-benar membuat orang sukar untuk forget. Namun, Pernahkah anda mencuba ayam paprik berkuah? masakan ini juga mempunyai rasa yang sangat sedap. Jika anda belum pernah mencoba, anda harus mencubanya. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi ayam masak paprik berkuah untuk anda.

Ayam paprik berkuah akan sangat sedap jika dihidangkan bersama nasi hangat. Hidangan ini adalah sempurna untuk satu makan malam dengan keluarga anda. Rasanya pun tak kalah sedap dengan paprik ayam azie kitchen yang terkenal tu, hehee.. Ok, langsung sahaja kita tengok bahan-bahan untuk resepi ayam masak paprik berkuah di bawah ni

Resepi Ayam Masak Paprik Berkuah Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Kaki Ayam Goreng Ranggup yang Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

  • Ayam – 2 cawan [telah dipotong kiub]
  • Bahan Tumis – secukupnya [dikisar]
  • Serbuk Cili – 1 camb
  • Halia – 3cm [dikisar]
  • Sos Cili & Tomato – 2 camb
  • Sos Tiram – 2camb
  • Kicap Manis – secukupnya
  • Cili Padi – 6 biji [potong 2]
  • Serai – 2 batang [diketuk]
  • Daun Limau Purut – 6-9 helai [dihiris halus]
  • Baby Kailan – 2 cawan [telah dipotong kecil]
  • Tepung Jagung – 1 camb
  • Serbuk Lada Hitam – seckupnya
  • Garam – secukupnya

Cara-Cara

  1. Rebus ayam dengan 3 cawan air di atas api perlahan.
  2. Sementara itu; goreng bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis – gaul rata dan renih seketika.
  4. Masukkan serai, daun limau purut, cili padi dan sedikit air dari rebusan ayam – renih seketika.
  5. Masukkan ayam + air rebusan dan baby kailan – gaul rata sehingga sayur masak.
  6. Tuangkan bancuhan tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam – gaul rata

Source: nurziahyahya

Ayam paprik berkuah yang paling sedap dah sedia dihidang. Hidangkan masakan ni untuk makan malam bersama rakan-rakan atau keluarga. Hidangan ini akan merasai lebih lazat jika dimakan bersama-sama. Sila cuba resepi ayam masak paprik berkuah ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Halia Simple dan Paling Sedap

Incoming search terms:

  • resepi ayam masak paprik berkuah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.