Resepi Ayam Paprik Ala Thai Sedap dan Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua rakan- rakan. Masakan Thailand sememangnya sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Mungkin kerana rasa yang hampir sama, membuat banyak hidangan Thai mudah diterima oleh kita semua. Ada satu masakan Thailand yang menjadi kegemaran saya bersama keluarga. Masih menggunakan ayam sebagai bahan inti, ayam paprik thai menjadi pilihan utama apabila mahu untuk merasai masakan Thailand. Saya sering pergi ke gerai atau Restoran untuk makan malam dengan hidangan ayam paprik ala thai ni. Tetapi, ketika saye melawat rumah saudara, ternyata dia orang pandai membuat ayam paprik ala thai. Rasanya pun sangat lazat. Saya pun meminta resepi ayam paprik ala Thai ni dari saudara saye.

Ayam paprik ala thai haruslah anda perlu mencubanya. Perisa masakan ini benar-benar membuatkan anda tidak mahu berhenti makan. Selain rasanya sedap, resepi ayam paprik ala thai ini juga mudah untuk membuatnya. Rasanya pun tak kalah dengan paprik ayam azie kitchen, hehee… Jom langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Ayam Paprik Ala Thai Sedap dan Mudah

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Simple dan Sedap Best

Bahan-Bahan

  • 2 keping dada ayam – hiris nipis
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia – hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar – hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
  • Bahan Sayuran
  • 2 biji putik jagung – dihiris
  • 2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
  • bunga kobis – dipotong kecil
  • 1/2 biji karot – dihiris memanjang

Cara Memasak Ayam Masak Paprik

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
  2. Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
  3. Masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
  4. Masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
  5. Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!

Tips ; Anda boleh tambahkan sedikit air bila kuah agak pekat

Ayam paprik ala thai dah siap di Hidangkan. Aroma hidangan ini benar-benar lazat. Anda harus cuba di rumah dengan mengikuti resipi di atas. Sila cuba resepi ayam paprik ala thai ni di rumah dan hidangkan untuk kepada keluarga anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Cili Padi Pedas Simple

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.