Resepi Ayam Paprik Pes Tomyam Paling Sedap Wajib Cuba

kongsiresepiayam.com – Hello kawan-kawan, apa khabar semua? Semoga semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Berjumpa lagi dengan admin yang sentiasa berkongsi pelbagai resepi ayam yang sedap untuk korang semua. Siapa yang suka masakan Thailand? Hampir ramai orang suka masakan Thailand. Masakan dari negeri tetangga ni mempunyai ramai peminat di Malaysia, antaranya ialah ayam paprik pes tomyam. This time, admin nak berkongsi resepi ayam paprik pes tomyam yang paling sedap korang semua.

Ayam paprik pes tomyam adalah satu resepi ayam paprik berkuah yang mudah untuk membuatnya. Walaupun mudah untuk membuat, resepi ayam paprik pes tomyam ni mempunyai rasa yang lazat dan digemari oleh ramai orang. Hidangan ini biasanya dihidangkan untuk makan malam dengan keluarga atau kawan-kawan anda. Jika anda tertanya-tanya untuk membuatnya di rumah, jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya:

Resepi Ayam Paprik Pes Tomyam

Baca Juga: Resepi Sup Ayam Thai Simple dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih- ditumbuk
  • 2 batang serai – dititik
  • 1/2 labu bawang besar- dihiris
  • 5 helai daun limau dibuang tulang/ urat tgah
  • 1 stgh sudu pes tomyam original thailand
  • 4 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • Sedikit tepung jagung * optional
  • Ayam
  • Sayur ( peas/ ank jagung/ kacang panjang/ carrot)* optional

Cara Membuat:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar n serai seminggu naik bau.
  2. Masukkan pes tomyam original thailand
  3. Tambah sedikit air
  4. Masukkan Ayam..Agak2 separa masak, masukkan sos tiram n sos cili/ sos tomato
  5. Masukkan sayur n daun limau…masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah..
  6. Masukkan garam n gula secukup rase…SIAPP!!!

Ayam paprik pes tomyam sudah bersedia untuk dihidangkan. Aroma masakan ini benar-benar membuat semua orang yang mahu makan. Selain mempunyai rasa yang lazat, inilah resepi paprik ayam mudah yang anda boleh cuba di rumah. Sila cuba resepi ayam paprik pes tomyam ni di dapur anda dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga: Resepi Rendang Ayam Minang Sedap Best and Mudah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.