Resepi Ayam Paprik Sedap Wajib Cuba

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum kawan-kawan semua, salam sejahtera. Hello bertemu lagi dengan saya yang selalu berkongsi pelbagai resepi ayam yang paling lazat untuk anda. Semasa saye nak tulis di sini, suasana pun nak turun hujan. Rasanya pun nak ingin makanan yang sedap. Masakan yang paling sesuai apabila hujan adalah ayam paprik. Rasa pedas dan asamnya benar-benar membuatkan saya tak sabar memakan hidangan ni, hehee… OK, buat masa ini saya nak berkongsi resepi ayam paprik sedap dan mudah untuk anda. Resipi ini saya dapat dari blog Cikgu Ani. Terima kasih Cikgu Ani telah berkongsi resepnya untuk kita semua.

Ayam paprik ini benar-benar mempunyai rasa yang sedap, rasanya tidak kurang lazat daripada ayam paprik sheila rusly. Anda perlu cuba resipi istimewa ini. Memang ayam paprik mengambil banyak bahan-bahan untuk membuatnya. Tapi jangan risau, untuk menjadikan parik ayam ini adalah satu perkara yang mudah. OK, jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuat resepi ayam paprik sedap di bawah

Resepi Ayam Paprik Sedap Wajib Cuba

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Pekat Simple dan Wajib Cuba

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul ayam – dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 11 biji cili api – dipecah-pecahkan aje
  • 2 helai daun limau purut – disiat-siat
  • bunga kobis – dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung – dihiris serong
  • 1/2 biji karot – dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air

Cara Membuat:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.

Source: Cikgu Ani

Paprik ayam yang paling sedap dah sedia dihidang. Ayam paprik ni paling sedap dimakan semasa panas. Hidangkan bersama nasi yang panas pula. Perisa masakan ini benar-benar akan membuat anda jatuh cinta. Sila cuba ini resepi ayam paprik sedap ni di dapur anda, dan Hidangkan untuk keluarga anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda melalui butang perkongsian di bawah. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Mamak Wajib Cuba

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *