Resepi Ayam Paprik Simple Sedap dan Pedas

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Hello kawan-kawan, apa khabar semua? Mudah-mudahan hari ni rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Berjumpa lagi dengan saya yang selalu berkongsi aneka resipi ayam yang paling sedap untuk anda. Buat masa ni saya nak berkongsi resepi ayam paprik simple dan sedap untuk korang semua. Ramai orang suka hidangan paprik ayam. Masakan ini memiliki rasa yang sedap dan pedas yang menjadi pilihan kegemaran untuk bonda dan penggemar masakan pedas. Ayam paprik sangat sesuai dihidangkan untuk makan malam bersama-sama dengan rakan-rakan atau keluarga. Ramai orang menganggap bahawa untuk memasak resep ayam paprik adalah satu perkara yang sukar. Tetapi jangan risau, masak ayam paprika ni sebenarnya mudah untuk membuatnya.

Saye biasa memasak ayam tak terlalu pedas, kerana anak-anak saya tidak suka pedas. Tetapi jika korang suka ayam paprik yang pedas, tambah cili padi ikuti cita rasa anda. Kini anda tak lagi perlu pergi ke gerai atau Restoran untuk menikmati hidangan ayam paprik. Jom kita tengok resepi ayam paprik simple dibawah ni

Resepi Ayam Paprik Simple Sedap dan Pedas

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Perak Sedap dan Simple

Bahan-Bahan

  • 1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 ulas bwg putih+ 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar sos tiram (cik tom gunakan 2 sudu besar kicap manis)
  • 1 ½ inci carrot (dipotong)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 biji cili padi (dihiris)
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil minyak untuk menumis
  • 2 helai daun limau purut

Cara-cara

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, kicap, sedikit air dan kacau sehingga rata.
  4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.
  5. Masukkan carrot, cili padi dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
  8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.

Tips

  • Untuk pekatkan kuah paprik boleh jugak masukkan tepung jagung.
  • Untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.

Source: ciktom

Paprik ayam yang paling sedap dah siap dihidang. Hidangkan mmakanan istimewa ni untuk makan malam bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Rasa ayam paprik ni benar-benar sedap. Semua orang pastilah mahu menghabiskan masakan ini. Di samping itu, cara membuat ayam paprik ni pun mudah. Sila cuba resepi ayam paprik simple ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Let’s Try 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Mudah, Simple dan Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.