Resepi Ayam Penyet Azlita Paling Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera. Hello kawan-kawan, apa khabar semua? Mudah-mudahan rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Berjumpa lagi dengan admin yang sentiasa akan berkongsi resepi ayam yang paling lazat untuk anda semua. Siapa yang tidak tahu ayam penyet? Masakan yang berasal dari indonesia ni disukai oleh ramai orang di Malaysia. Terdapat banyak jenis ayam penyet di Malaysia, salah satu yang menjadi kegemaran ramai orang adalah dengan ayam penyet azalita. Siapa tidak pernah merasakan ayam penyet azlita ini? Jika anda tidak pernah, kerugian. Tetapi, tidak akan kecewa sekarang anda boleh buat sendiri di rumah. Buat masa ini saya nak berkongsi resepi ayam penyet azlita yang paling sedap untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah ni:

Resepi Ayam Penyet Azlita Paling Sedap

Baca Juga: Resepi Nasi Ayam Chicken Rice Shop Sedap Sangat Menyelerakan

Bahan-bahan Resepi Ayam Penyet Azlita

Bahan-bahan Untuk Ayam:

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Bahan-Bahan Untuk Sambal

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Bahan-Bahan Untuk Nasi

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara Membuat Resepi Ayam Penyet Azlita

Cara Masak Ayam Penyet Azlita

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
    (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  3. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Cara Membuat Sambal Ayam Penyet

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  6. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  7. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  8. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  9. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Cara Membuat Sup

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan.
  3. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Cara Membuat Nasi Ayam Penyet

  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Source: norazlitaaziz

Sekarang ayam penyet azalita ni dah siap dihidangkan. Sedapnyeeee…. Hidangkan semasa panas untuk mendapatkan rasa terbaik. Ayam Penyet ni adalah benar-benar lazat. Hidangkan untuk makan tengahari atau makan malam dengan keluarga anda. Sila cuba resepi ayam penyet azlita ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga: Resepi Ayam Madu Bakar Merah Sedap dan Simple

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.