Resepi Ayam Penyet Mudah dan Sedap

kongsiresepiayam.com –  Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Hello kawan-kawan, apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan dalam keadaan sihat always. Siapa yang tidak tahu nasi ayam penyet. Makanan yang berasal dari Indonesia ni sudah sangat popular di Malaysia. Ayam penyet biasa dihidangkan untuk Makan tengah hari atau untuk majlis dengan kawan-kawan. Ramai orang menganggap bahawa untuk membuat ayam penyet adalah satu perkara yang sukar. Untuk membuat ayam penyet best tidak perlu menjadi sukar, walaupun jika korang baru belajar memasak ayam, anda boleh buat ayam penyet dengan rasa yang sedap. Buat masa ini saya nak berkongsi resepi ayam penyet mudah dan paling sedap untuk anda.

Ayam Penyet biasanya mempunyai banyak hidangan sampingan seperti sos cili dan perapan ayam. Cara-cara membuat ayam penyet ni pun mudah, tidak berbeza banyak dengan cara membuat ayam penyet malaysia. Sesiapa sahaja boleh membuat ayam penyet ni di rumah dan tidak perlu pergi kerestoran untuk menikmati hidangan ayam penyet yang lazat ini. Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk membuat ayam penyet ni, jom kita tengok resepi ayam penyet mudah dan sedap di bawah ni

Resepi Ayam Penyet Mudah dan Sedap

Baca Juga : Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap

Resepi Ayam Penyet Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam-potong 4 dan cuci bersih.Ayam direbus hingga empuk dan tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.Bila dah empuk angkat ayam dan toskan.

*Air rebusan jangan dibuang kerana kita akan gunakan untuk memasak nasi dan juga untuk supnya.

Bahan Perapan Ayam :

  • 1/2 sdm jintan manis
  • 1/2 sdm jintan putih
  • 3 sdm ketumbar
  • Kesemua bahan ini di sangai dalam kuali tanpa minyak
  • 1 sdm serbuk kari ayam/daging
  • 1 sdm serbuk kunyit
  • 1/2 sdm serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1sdt garam
  • 1 sdm gula pasir-saya tambah
  • Sedikit serbuk perasa-saya tambah
  • Sedikit air untuk mengisar
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 cawan tepung beras-tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
  • 1 biji telur-tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan yang disangai bersama serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk lada putih,halia,bawang putih dan garam.Tambahkan sedikit air dah kisar hingga halus.
  2. Bila dah halus lumurkan pada ayam yang telah kita rebus tadi.
  3. Perap ayam ini semalaman sebelum digoreng.
  4. Bagi anda yang nak cepat 2/3 jam perap pun ok.

Baki ramuan perapan ayam jangan dibuang.Anda boleh ambil sedikit dan gaulkan dengan tempe dan tauhu dan perap dalam bekas yang berasingan dengan ayam.
Anda boleh goreng ayam ini bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah disediakan.Maknanya goreng ayam ini akhir sekalilah ya supaya ia masih panas bila dihidangkan dan keriuknya tu rangup!
Baki perapan ayam atau tempe tu anda campurkan dengan tepung beras dan telur.Tambahkan sedikit garam jika kurang masin.Celupkan ayam tadi ke dalam campuran tepung dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan.Angkat dan toskan.Baki adunan tepung anda boleh renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.

*Sebelum goreng ayam anda perlu goreng tempe dan tauhu dahulu.Baki minyak tu nanti baru goreng ayam.

Nasi Ayam

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam

  • 3 cawan beras-cuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntuk bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit butter
  • Secubit garam
  • 6 cawan air rebusan ayam-sukatan air ini bergantung pada beras yang anda gunakan.
  • 1 helai daun pandan -simpul

Cara-cara:

  1. Cairkan butter.
  2. Tunis bawang putih,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan daun pandan hingga harum.
  3. Masukkan beras dan masak sebentar 3-5 minit.
  4. Kemudian masukkan air rebusan ayam (anda boleh campurkan denga air sejuk sekiranya air rebusan ayam tidak mencukupi), perasakan dengan garam,masak nasi hingga sempurna.

Sambal Ayam Penyet

Bahan untuk sambal:

  • 20 biji cili merah-hiris
  • 10 biji cili api
  • 10 ulas bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 5 biji tomato-hiris
  • 5 cm belacan
  • 2 sdm ikan bilis
  • 3 sdm gula merah-saya guna gula melaka
  • Serbuk perasa-saya tambah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak,goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika.Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah,bawang putih dan cili.Setelah layu masukkan tomato.Gaul rata dan tutup api.Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semula bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan,masukkan gula merah,serbuk perasa dan gaul rata.
  7. Rasa sambal yang terhasil,tambah gula,garam jika perlu.

*Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian.Simpan dalam peti sejuk.Panaskan sambal sebelum disajikan.

Source: mamamiasanasini

Ayam penyet paling sedap dah sedia dihidangkan. Hidangan ini sesuai dimakan bersama kawan-kawan atau keluarga. Hidangkan untuk makan tengahari atau makan malam. Selain mempunyai rasa yang sedap, ayam penyet ni pun mudah untuk membuatnya. Sila cuba resepi ayam penyet mudah ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Tanpa Santan Mudah dan Sedap

Incoming search terms:

  • sambal ayam sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *