Resepi Ayam Penyet Wong Solo Asli Paling Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Hello, bertemu sekali lagi dengan saya yang selalu setia berkongsi aneka resepi ayam yang simple dan paling sedap untuk anda. Bagaimana khabar rakan-rakan hari ini? Mudah-mudahan hari ini penuh dengan nasib baik untuk semua rakan-rakan. Siapa yang tak suka ayam penyet? Hampir semua orang suka makanan ini. Ayam penyet sebenarnya berasal dari Indonesia. Terdapat dua dareah di Indonesia yang terkenal dengan ayam penyetnya, iaitu Surabaya dan Solo. Kedua kawasan ni sama-sama meiliki ayam penyet dengan rasa yang sedap. Buat masa ni saya nak berkongsi resepi ayam penyet wong solo yang sudah terkenal di Malaysia. Ia mempunyai sambal ayam penyet akan membuatkan anda menjadi ketagih. Sambal ayam penyet asli Indonesia ni disukai ramai orang kerana ia mempunyai rasa yang khas.

Ayam penyet wong solo Ayam adalah yang paling seseuai untuk hidangan makan tengah hari dengan rakan-rakan atau keluarga. Jika anda belum pernah merasai makanan ni, anda harus mencubanya. Untuk membuat ayam penyet wong solo ni pun mudah. OK, jom kita tengok resepi ayam penyet wong solo di bawah ni

Resepi Ayam Penyet Wong Solo Asli Paling Sedap

Baca Juga : Nasi Ayam Resepi Simple dan Paling Sedap

Nasi Ayam Penyet

Bahan-Bahan :

  • Daun pandan & 2 pot beras

Cara Memasak Nasi

  1. Kukus nasi dalam loyang bulat
  2. Letak daun pandan dalam air kukusan

Ayam Penyet

Bahan-Bahan :

  • Seekor ayam yang direbus (dipotong 8)
  • Garam
  • Minyak masak
  • Buah keras
  • 1cm halia
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1/2 sudu besar lada putih
  • 3 sudu ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara Membuat :

  1. Rebus ayam
  2. Kisar bahan-bahan ayam penyet
  3. Perapkan ayam yang direbus dengan bahan kisar ayam penyet semalaman
  4. Goreng

Sambal Ayam Penyet

Bahan-Bahan :

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu minyak masak
  • Segenggam cili padi merah
  • Tepung jagung secukup rasa

Cara Membuat :

  1. Tumbuk cili padi merah + bawang putih sehingga lumat
  2. Tumis bahan yang ditumbuk + tepung jagung sedikit
  3. Sedikit garam

Sambal Kicap

Bahan-Bahan :

  • Segenggam cili padi
  • Kicap ABC
  • 3 ulas bawang putih

Cara Membuat :

  1. Tumbuk cili padi + bawang putih sehingga lumat
  2. Tuangkan kicap ABC

Sambal Terung

Bahan-Bahan :

  • 3 biji cili merah*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 inci belacan*
  • Segenggam ikan bilis*
  • Tomato*
  • Daun limau
  • Air asam jawa
  • Kicap
  • Garam
  • Terung
  • Minyak masak

Cara Membuat :

  1. Goreng terung dulu
  2. Tumbuk bahan bertanda *
  3. Tumis bahan yang ditumbuk + Daun limau
  4. Masukkan garam + gula + air asam jawa
  5. Masukkan terung goreng

Bahan-Bahan Hiasan :

  • Salad
  • Timun
  • Tempe & tauhu goreng

Source: loooyears

Ayam penyet Wong solo asli Indonesia ni telah siap dihidangkan. Ayam penyet ni disamping memiliki rasa yang sedap, pun tidak sukar untuk membuatnya. Terdapat banyak langkah-langkah yang anda perlu lakukan. Tetapi, sebenarnya membuat ayam penyet wong solo ini tidak sukar. Anda hanya perlu melaksanakan yang dinyatakan di atas. Sila cuba resepi ayam penyet wong solo ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Noxxa Mudah dan Paling Sedap

Incoming search terms:

  • resepi sambal ayam penyet wong solo
  • resepi sambal wong solo
  • sambal kicap ayam penyet

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.