Resepi Ayam Percik Ayamas Paling Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum… salam sejahtera rakan-rakan. Nak masak apa hari ini kawan-kawan? Jika korang tak tahu nak masak apa? jom masak ayam percik. Ingin ayam percik yang berbeza? Anda mesti cuba ayam percik ala ayamas. Jangan bimbang, rasa ayam percik ayamas ni juga sedap. Jika belum pernah cuba ayam percik ayamas, anda harus mencubanya. OK, buat masa ini saya nak berkongsi resepi ayam percik ayamas untuk korang.

Ayam percik ayamas paling sesuai disajikan untuk Makan tengah hari bersama keluarga anda. Mungkin jika korang belum pernah merasai ayam percik ayamas ni, anda akan berfikir jika rasa dari ayam percik ayamas ni kurang sedap berbanding ayam percik lainnya. Jangan risau, setelah korang cuba ayam percik ayamas ni, korang pastilah menjadi ketagih, hehee… ok, langsung sahaja kita tengok resepi ayam percik ayamas di bawah ni

Resepi Ayam Percik Ayamas Paling Sedap

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Paling Sedap dan Mudah

Ayam Percik Ala Ayamas

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam – saya potong 4
  • 2 biji bawang besar (sederhana besar)*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas*
  • sedikit kunyit (terpulang nak kunyit hdup atau kunyit debu)*
  • 2 sudu besar lada kisar *
  • 3 batang serai *
  • garam
  • Ajinomoto (optional)
  • sedikit gula
  • sedikit air asam jawa
  • 1 1/2 -2 cawan santan pekat
  • dan air jika perlu
  • 4 sudu minyak

Cara-Cara

  1. Kisar bahan bertanda hingga lumat… tambah sedikit air masa kisar tu ye..supaya semua bahan2 ni dpt dikisar..
  2. Ambil sedikit bahan kisar masukkan dlm ayam utk diperap dlm 2 jam tambah sikit garam dan gula utk perapan ayam tu..biar ia serap dlm ayam
  3. Panaskan minyak masak dlm periuk/pan ..masukkan lebihan bahan kisar …tumis sehingga ia pecah minyak…. biar lama tak apa lg sedap…kacau2 ye
  4. Kemudian masukkan santan pekat sebatikan dan masukkan ayam yang diperap tadi..tutup periuk masak biar ayam empuk dan santan sedikit kering..(jika lihat ayam belum sepenuhnya masak tp kuah dah kering masukkan sikit air ye)
  5. Isi garam dan sedikit gula..(percik ni takla manis ye …boleh rasa sikit ikut citarasa anda) dan isi sikit je air asam jawa..jgn masam sangat tak sedap..
  6. Agak2 ayam dah masak bahagian dlmnya..angkat ayam tu dan bakar ayam tadi sekejap..curah kuah percik sikit atas ayam masa bakarnya.. (saya bakar dlm oven)
  7. Bakar ayam hingga permukaan ayam berkilat – tak yah lama sangat sbb ayam pun dah masak
    Siap…

Lada sambal

Bahan-Bahan

  • 5 batang lada merah*
  • 1@2 cili api*
  • 2 biji tomato merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • gula,
  • sedikit cuka
  • garam

blend sehing
ga lumat…masak bahan2 ni (selalunya lada sambal nasi ayam saya masak takut anak2 sakit perut)
tambah garam, gula dan sedikit je cuka…

  • kicap
  • 1 ulas bawang putih
  • bancuhan tepung jagung 1 sudu + air)
  • 1 sudu minyak masak

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak masak..
  2. Tumis bawang putih yang diketuk…
  3. Setelah tu masukkan kicap dan masukan bancuhan tepung jagung tadi..kuah ni tak pekat sangat ye.. dan tak cair sangat….

Source: amalsweetmoment

Ayam percik ayamas yang paling sedap dah siap dihidangkan. Aroma ayam percik ayamas ni benar-benar membuatkan sesiapa sahaja mahu merasainya. Sila cuba resepi ayam percik ayamas ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kurma Kelantan Best Sedap nya

Incoming search terms:

  • ayam percik ala ayamas
  • resepi ayam mas
  • resepi ayam percik(ayamas)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *