Resepi Ayam Percik Bakar Dalam Oven Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Hello kawan-kawan apa khabar semua? Mudah-mudahan hari ini rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Jumpa lagi dengan saya yang sentiasa setia berkongsi aneka resepi ayam simple dan sedap untuk anda. Ayam percik memang sudah amat famous bagi ramai orang. Terdapat beberapa masakan ayam percik terkenal, seperti ayam percik terengganu, ayam percik kelantan, ayam percik ayamas dan banyak lagi. Kelazatan ayam percik ni memang membuat hidangan ni mudah diterima oleh ramai orang. Jika korang ingin membuat ayam percik ni dengan cara mudah, korang dalam right blog. Kerana buat masa ini saya nak berkongsi resepi ayam percik bakar dalam oven simple dan sedap.

Untuk membuat ayam percik ni adalah satu perkara yang mudah. Buat masa ini kami nak guna oven untuk membakar ayam. Jangan risau, rasa ayam percik bakar dalam oven ni pun tetap sedap. Jika anda tertanya-tanya bagaimana membuatnya, jom kita semak resepi ayam percik bakar dalam oven di bawah ni

Resepi Ayam Percik Bakar Dalam Oven Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Bakar Spesial Wajib Cuba

Bahan-Bahan

  • 1/4 ekor ayam

Bahan Untuk Dikisar

  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup (kalau xde sila ganti serbuk kunyit)
  • 2 batang serai
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit air utk blender

Bahan-Bahan Lain 

  • 3 sudu besar cili kering kisar.. tambah lagi kalau nak lebih pedas ye..
  • garam atau bahan perasa..
  • santan pekat 1 cawan.. kalau masak sekor ayam guna 2 cawan santan pekat.. senang citer masukkan je santan kotak yg 200ml tu..
  • asam keping sekeping je

Cara-Cara :

  1. Mula2 masukkan ayam dalam kuali.. tuangkan bahan2 kisar tadi ke atas encik ayam tersebut.. masa ni jgn bukak api dulu..
  2. Ambik santan.. tuang ke dalam kuali yg berisi ayam + bahan kisar td..
  3. Selepas masukkan santan, masukkan pulak 3 sudu besar cili kering kisar.. Haaaa masa ni dah boleh bukak api.. api sederhana je ye..
  4. Kacau2 bg ayam tu sebati dgn kuah.. jgn lupa terbalikkan bg ayam tu tak masak sebelah aje…
  5. Masukkan asam keping sekeping aje.. masukkan garam secukup rasa..
  6. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api..
  7. Angkat ayam tersebut dan masukkan ke atas dulang pembakar.. tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu td.. baki kuah sila simpan utk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar..
  8. Bakar ayam tersebut dlm oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan.. dgn suhu 180 celsius, api atas bawah..
  9. Tuangkan baki sos/kuah ayam percik tadi ke atas ayam tersebut.. siapppp… sedap woooo.. tapi tak tau le pada tekak korang lak kan..

Source: mylovelyfamily-ana

Ayam percik bakar dalam oven dan sedia untuk dihidangkan. Sangat mudah dan cepat untuk membuat ayam percik ni. Selain itu, Ayam percik bakar dalam oven ni pun sedap. Hidangkan bersama nasi panas. Sila cuba resepi ayam percik bakar dalam oven ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Bakar Berempah Best Sedap nya

Incoming search terms:

  • resepi ayam percik terengganu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.