Resepi Ayam Percik Kelantan Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Bagaimana khabar rakan-rakan? Mudah-mudahan dalam keadaan yang sihat dan hari ini adalah hari yang baik untuk kawan-kawan. Berjumpa lagi dengan saya yang selalu setia berkongsi pelbagai resipi ayam untuk anda. Ayam percik Kelantan memiliki reputasi sebagai makanan untuk orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Makanan ni adalah makanan yang Istimewa. Dari semua jenis ayam percik, seperti ayam percik terengganu atau ayam percik johor, ayam percik kelantan adalah merupakan taraf tertinggi. Jika anda ingin membuat ayam percik kelantan ni, buat masa ini saya nak berkongsi resepi ayam percik kelantan yang simple dan sedap untuk anda.

Ayam percik kelantan memang biasa dihidangkan untuk mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Walau bagaimanapun, anda juga boleh membuat sendiri di rumah untuk hidangan bersama keluarga anda. Ayam percik kelantan ni memang mempunyai rasa yang lazat, anda perlu mencubanya sendiri di rumah. Jom, kita tengok bahan-bahan untuk resepi ayam percik kelantan ni

Resepi Ayam Percik Kelantan Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Stim Halia Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

Bahan Perap

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa

Bahan Kuah

  • 10 ulas bawang merah
  • 3 – 6 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Penyediaan

  1. Kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit. selepas tu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
  2. Sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. dan bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. silahkan diangkat.
  3. Kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. agar bumbu kuah meresap ke dalam daging ayam terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
  4. Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat dan ayam percik kelantan ala bonda siap dihidangkan.

Source: blogopsi

Ayam percik Kelantan dah siap dihidangkan. Nyerrr… sedapnyeeee… Aroma ayam percik kelantan ni sangat menggoda. Hidangkan hidangan istimewa ni untuk keluarga anda. Sila cuba resepi ayam percik kelantan ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Paprik Berkuah Simple dan Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.