Resepi Ayam Percik Madu Sedap dan Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan semua. Apa khabar hari ni? Semoga sihat selalu ye. Dah masak apa hari ni kawan or still berpusing search idea resepi. Oke kalau kawan tengok blog ni takde tu berpusing lagi kerana saya nak berkongsi banyak resepi disini. Kongsi kali ni iaitu resepi ayam percik madu yang sedap and famous tu. Resepi ayam percik madu merupakan salah satu resepi kegemaran rakyat Melayu so saya pon diantara nya. Untuk kawan yang nak cuba boleh sedia bahan permulaan seperti resepi ayam percik madu bawah ni. Bahan-bahan yang mudah perolehannya dipasar aj ye. Lepas tu langsing sahaja semak cara-cara resepi nya.

Resepi Ayam Percik Madu Sedap dan Mudah

Bahan-bahan

  • 3 ketul ayam (bahagian dada – aku belah dua)
  • 2-3 sudu besar bawang putih blend
  • 1 1/2 sudu besar halia blend
  • 4 sudu besar madu
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Memasak

  1. Sediakan bahan perapan dengan memasukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata semua bahan.
  2. Kemudian sapukan bahan perapan pada ayam.
  3. Perap ayam selama 2 jam (aku tak kuasa nak tunggu lama, aku perap 1 jam setengah jer..hehe).
  4. Masak ayam menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 15 – 20 minit sehingga masak. Kena rajin balik-balikkan ayam sebab bila guna pemanggang ajaib, ayam cepat masak garing.

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Tok Simple dan Paling Sedap

Resepi Kuah Ayam Percik Ala Kelantan

Bahan Kuah

  • 3/4 – 1 kotak santan pekat
  • 2-3 sudu besar bawang merah blend
  • 1 1/2 sudu besar halia blend
  • 1 batang serai – dikisar halus
  • 2-3 sudu besar cili blend – boleh lebih jika suka pedas
  • Garam secukupnya
  • Gula – kena ada rasa manis
  • 1-2 keping asam keping – letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara-cara Membuat

  1. Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau.
  2. Masak sehingga kuah pekat.
  3. Masukkan garam dan gula.
  4. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

source : seindahmimpiku

Hurm sedap nyerr resepi ayam percik madu ni. Resepi ayam percik madu sangat elok dihidangkan dengan kuah ayam bakar. Selain itu resepi ni memang lazat seperti ayam percik pahang. Resepi ni elok dihidangkan saat jamuan makan petang. Oke sekian kongsi resepi ayam percik madu sedap ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Panggang Simple dan Paling Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.