Resepi Ayam Percik Merah Sedap Spesial And Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera semua kawan sehati. Semoga kawan semua berlimpah ruah rezeki nya. Kali ni saya nak berkongsi resepi ayam percik merah yang sedap tu. Resepi ayam percik ada banyak macam nya. Ada resepi ayam percik kelantan, Resepi ayam percik terengganu and resepi ayam percik johor. Kesemua resepi tu sangat sedap and lazat. But yang tak kalah sedap nya iaitu resepi ayam percik merah ni. Oke untuk kawan yang nak cuba at home boleh sedia bahan bahan seperti bawah ni. Then ikuti cara-cara membuat resepi ayam percik merah ni yer. Jom semak resepi nya.

Resepi Ayam Percik Merah Sedap Spesial And Mudah

Bahan-bahan :

Untuk peram ayam percik merah

  • 6 ketul ayam (berapa ketul pun ikut suka tapi resepi ni bukan untuk lebih seekor ayam)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu serbuk ketumbar

Untuk kuah percik

  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 1 inci lengkuas – dikisar
  • 3 sudu besar cili kisar (atau 15 batang cili kering) – dikisar
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air – masak
  • 1 sudu besar gula (boleh tambah kalau suka manis, saya tak tambah)- masak
  • 1 keping asam gelugur (asam keping) – masak
  • 2 cm belacan – masak
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa – masak
  • Sedikit minyak untuk menumis- masak

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Penyet Best Sedap nya and Mudah

Cara-cara Memasak :

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan serai. Lumur pada ayam
  2. Masukkan jintan putih dan serbuk ketumbar dan gaul. Peram dalam 20 minit
  3. Ini barang untuk dikisar, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai
  4. Masukkan cili kering atau cili kisar 3 sudu
  5. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau
  6. Masukkan asam gelugur dan tumis sehingga air kering dan kuah kental
  7. Masukkan santan. Kita guna ayam brand yang warna biru, guna cuma 200ml je pastu bancuh dengan 100ml air
  8. Masukkan 2 cm belacan
  9. Masukkan garam, ajonomoto dan gula (opsyenal, kita tak bubuh sebab tak suka manis sangat)
  10. Biarkan didih selama 20 minit dengan api kecil sehingga pecah minyak. Kacau setiap 5 minit, maknanya ada 4 kali kacau
  11. Sementara tu goreng ayam yang telah diperam tadi dengan api kecil. Kalau tak nak goreng, bakar pun boleh 🙂
  12. Disebabkan kita goreng, maka kita kena sejatkan ayam tu dengan tisu sampai minyak kering
  13. Dah siap. Tuangkan kuah ke atas ayam tadi

Source : ceria-resepi

Hurm memang sedap terbaik resepi ayam percik merah ni. Resepi ni memang sikik pedas oleh itu untuk kawan yang nak cuba boleh kurangkan cili nya. Oke sekian kongsi resepi ayam percik merah ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Ayam Paprik Ala Thai Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

  • ayam percik kuah merah
  • resepi ayam percik merah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *