Resepi Ayam Percik Tanpa Santan Guna Susu Cair

kongsimyresepi.com – Assalamualaikum, salam sejahtera sume. Hello kawan-kawan apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Nak masak apa hari ni? bimbang tak tahu nak masak apa? jom masak ayam percik. Di Malaysia ayam percik memiliki banyak jenis, seperti ayam percik terengganu, kelantan dan banyak lagi. Ayam percik adalah salah satu hidangan ayam yang paling lazat yang wajib anda cuba. Untuk membuat hidangan ayam percik ni biasanya guna santan untuk Kuah ayam percik. Kuah ayam percik memang biasanya guna santan, tetapi sebenarnya anda pun boleh guna susu cair sebagai pengganti santan. Bagaimana rasa masakan ni? Jangan risau, resepi ayam percik tanpa santan ni pun masih sedap.

Membuat ayam percik tanpa santan ni adalah perkara yang mudah. Tidak jauh berbeza daripada membuat ayam percik lainnya. Anda hanya perlu Gantikan santan dengan susu cair untuk membuat Kuah ayam percik ni. Jika anda tertanya-tanya bagaimana membuatnya, jom kita tengok resepi ayam percik tanpa santan di bawah ni

Resepi Ayam Percik Tanpa Santan Guna Susu Cair - Resepi Ayam Percik Tanpa Santan Guna Susu Cair

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Tanpa Santan Mudah dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 7 ketul drumstik saiz besar
  • 4 ketul bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar sebuk kunyit
  • 4 batang serai
  • sedikit lengkuas – saya tak letak/takde stok
  • Semua bahan diatas saya blend
  • sedikit cili giling
  • sedikit rempah hancur – tak letak pun tak tau ape bende ni???
  • santan kelapa- saya ganti dengan 1/2 cwan susu dan sedikit air
  • garam dan gula secukupnya

Cara-Cara

  1. Perap drumstik dgn bahan yg diblend dan cili giling selama 1 jam.
  2. Panaskan oven 10 minit suhu 200’c
  3. Ayam yg telah diperap, digoreng dalam kuali leper dengan sedikit minyak/minyak zaitun.
  4. Apabila telah kekuningan masukkan dalam oven selama 20minit/masak

Cara Buat Kuah Percik

  1. Gunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan lebihan rempah yg ada.
  2. Tambahkan minyak zaitun jika perlu.Kacau sebentar atas api perlahan, masukkan sedikit susu dan air. Biarkan hingga sedikit pekat. Perasakan dgn garam dan gula.

Source: beloghamsini

Nyerrr.. sedapnyeee… Ayam percik tanpa santan ni dah sedia dihidangkan. Ayam percik tanpa santan ni pun mempunyai rasa yang tidak kalah sedap dengan ayam percik yang guna santan. Sila cuba resepi ayam percik tanpa santan ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Penyet Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *