Resepi Ayam Rendang Simple dan Sedap Best

kongsiresepiayam.com –  Assalamualaikum, salam sejahtera sume. Hello kawan-kawan apa khabar? Mudah-mudahan hari ini rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Jumpa lagi dengan saya yang selalu berkongsi aneka resepi ayam yang simple dan sedap untuk anda. Buat masa ni saya nak berkongsi resepi ayam rendang simple dan paling sedap untuk anda. Ayam rendang memang telah dikenali ramai orang kerana hidangan ini mempunyai rasa yang tersendiri. Rendang ayam biasa dihidangkan untuk majlis bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Hidangan ini pun sesuai dihidangkan untuk makan tengahari atau makan malam. Selain rendang ayam, ada pula rendag daging yang juga mempunyai kelazatan. Jika anda pernah membuat resepi rendang ayam padang, untuk membuat rendang ayam ini pun tidak jauh bezanya.

Untuk membuat ayam rendang sebenarnya satu perkara yang mudah. Inilah resepi ayam rendang simple yang boleh anda harus cuba di rumah. Di samping untuk membuat rendang ayam ni mudah, rasa rendang ayam ini pun sedap. Sempurna untuk hidangan utama makan tengahari atau makan malam dengan keluarga anda. Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk cara membuat rendang ayam dan bahannya, jom kita tengok resepinya di bawah ni

Resepi Ayam Rendang Simple dan Sedap Best

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Putih Best Sedap nya

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 2 cm kunyit hidip
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus

Bahan-bahan berkaitan lain

  • 1 kg ayam, potong ikut selera anda
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 senduk minyak, untuk menumis
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar sos tiram

Cara Memasak:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
  2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
  4. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
  5. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.

Tips

Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.

Source: iresepi

Rendang ayam yang paling sedap ni dah sedia dihidangkan. Nyerrr… Sedapnyeee… Aroma ayam rendang ni pun cukup untuk membuat sesiapa pun akan mahu merasainya. Tidak akan terkejut apabila Masakan rendang ayam ini sentiasa habis tidak ditinggalkan. Hidangkan rendang ayam ini dengan nasi panas. Sila cuba resepi ayam rendang simple ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Nasi Goreng Ayam Paling Sedap Best

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.