Resepi Hati Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semuanya. Hello… Berjumpa lagi dengan saya yang senantiasa setia berkongsi pelbagai resepi ayam yang paling sedap untuk anda. Buat masa ini saya akan cuba memasak hati ayam masak kicap paling sedap untuk anda. Siapa yang tak suka masakan hati ayam? Hati ayam jika dimasak apa pun masih rasa lazat. Hati ayam mempunyai rasa yang sedap dan tekstur yang lembut. Selain mempunyai kelazatan, hati ayam juga dipercayai oleh banyak menjadi penggalak darah. Hati ayam masak kicap menjadi pilihan keluarga saye untuk menikmati hidangan dengan bahan hati ayam ni. Jika anda ingin belajar masak hati ayam, Sila baca resepi hati ayam masak kicap di bawah ni

Resepi Hati Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah

Baca Juga: Resepi Ayam Paprik Ala Thai Sedap dan Mudah

BAHAN-BAHAN:

  • Hati ayam secukupnya
  • 2 sudu kicap pekat
  • 3 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos cili
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Kunyit
  • Minyak utk menumis

BAHAN DIHIRIS :

  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 biji cili api
  • 1 biji lada merah

CARA MEMASAK:

  1. Garam dan kunyitkan hati ayam, panaskan minyak dan goreng hati ayam hingga masak.
  2. Angkat dan toskan minyak.
  3. Gunakan sedikit minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Kemudian masukkan sos cili, kicap pekat dan kicap manis. Disebabkan tak ada cili kisar,
  5. Saye ganti dengan sos cili je. Kalau guna cili kisar, masak sampai pecah minyak dulu, then baru masukkan kicap.
  6. Masukkan air asam jawa, kacau sebati dan didihkan seketika.
  7. Bolehlah masukkan hati ayam goreng tadi. Boleh tambah air kalau nak kuah banyak.
  8. Perasakan dengan garam, gula secukupnya dan sesuaikan rasa masam asam jawa.
  9. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan aduk rata sekejap.
  10. Bila rasa dah ok, bawang dah layu, bolehlah angkat dan dihidangkan.

TIPS

  1. Untuk cuci hati ayam, boleh gunakan asam keping dan garam untuk hilangkan hanyir. Ada juga yang rebus dahulu hati ayam dengan garam dan ada juga yang bersihkan dan cuci dengan limau kasturi. Ikut suka hangpa nak buat cammana yer.
  2. Masa menggoreng hati ayam tu, mesti korang pun takut kalau minyaknya meletop-letop masa menggoreng kan? So, masukkan hati ayam tu semasa minyak separuh panas. Then, tutup dengan tudung periuk masa menggoreng.
  3. Bila hati ayam dah masak, kacau sekejap dan terus boleh angkat.

Source: Resepi Hati Ayam Masak Kicap Paling Sedap

Hati ayam memang masih sedap walaupun dimasak menjadi pelbagai jenis masakan. Selain daripada hati ayam masak kecap, anda juga boleh cuba hati ayam goreng kunyit atau hati ayam masak lada hitam. Makanan ni juga mempunyai kelazatan. Sila cuba resepi hati ayam masak kicap ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga: Resepi Nasi Ayam Penyet Best Sedap nya and Mudah

Incoming search terms:

  • hati ayam goreng masak kicap
  • hati ayam simple

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.