Resepi Masak Rendang Ayam Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera. Hello kawan-kawan apa khabar semua? Mudah-mudahan hari ini rakan-rakan sihat sentiasa. Jumpa lagi dengan saye yang sentiasa setia berkongsi aneka resepi ayam yang paling sedap dan mudah untuk anda. Nak masak apa hari ni? Mahu masakan khas? Jom kita masak rendang ayam. Rendang ayam merupakan makanan yang disukai ramai orang. Masakan rendang mempunyai rasa yang tersendiri yang membuat hidangan ini menjadi kegemaran ramai orang. Ramai orang berfikir jika memasak rendang ayam adalah satu perkara yang sukar. Tetapi jangan bimbang, kerana buat masa ni saya nak berkongsi resepi masak rendang ayam yang simple dan sedap untuk anda.

Untuk membuat rendang ayam yang sedap sebenarnya mudah. Anda hanya perlu berhati-hati apabila anda tumis bahan supaya tidak gosong. Hidangan ini adalah paling sesuai untuk aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Jika anda ingin membuat masakan khas ni, jom kita tengok resepi masak rendang ayam simple dan sedap di bawah ni

Resepi Masak Rendang Ayam Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Mudah, Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 10 biji bawang merah | Diblend
  • 1 biji bawang putih | Diblend
  • 3 inci halia | Diblend
  • 5 tangkai | Di blend
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 kotak santan
  • 3 ketul asam jawa
  • Kerisik
  • Gula Melaka
  • 5 helai daun kunyit

Bahan-bahan blended

  • 30 tangkai cili kering
  • 20 tangkai cili padi
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci lengkuas

Cara-Cara Masak Rendang Ayam

  1. Panaskan kuali Tefal hingga Thermo-Spot menjadi merah.
  2. Masukkan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih halia, serai dan limau purut hingga garing.
  3. Masukkan bahan-bahan blended (cili kering, kunyit hidup dan lengkuas). Goreng hingga garing.
  4. Masukkan ayam dan gaul rata.
  5. Masukkan santan dan kecilkan api. Masak hingga ayam masak.
  6. Masukkan kerisik asam jawa dan garam. Masak hingga rendang pekat/kering.
  7. Masukkan daun kunyit dan tutup api.

Source: valetviral

Masakan rendang ayam yang paling sedap dah sedia dihidangkan. Selain mempunyai kelazatan, rendang ayam ni pun sangat mudah untuk membuatnya. Sila cuba resepi masak rendang ayam ni di rumah, jika masakan ni tak sesuai perisa untuk selera anda, cuba lagi dan Jangan sekali-kali berputus asa. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Let’s Try 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *