Resepi Nasi Ayam Bakar Spesial Wajib Cuba

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Hello kawan-kawan apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Semalam saya bekunjung ke rumah rakan. Dalam perjalanan saya bau aroma masakan ayam bakar yang benar-benar membuat bangkit selera makan saya. Aroma ayam bakar tu dengan serta-merta membuatkan saya tiba-tiba menjadi lapar, rasanya ingin makan ayam bakar tu. Siapa yang tidak suka ayam bakar? hampir semua orang pastilah suka makanan ini. Untuk membuat ayam panggang yang sedap adalah sebenarnya mudah. Anda boleh membuat masakan ini sendiri di rumah. OK, buat masa ni saya nak berkongsi resepi nasi ayam bakar spesial untuk anda.

Ayam bakar ni mempunyai rasa yang benar-benar lazat. Inilah nasi ayam malaysia yang disukai oleh ramai orang. Jika anda tidak pernah cuba membuat makanan ni sendiri, anda harus mencubanya. Jika anda tertanya-tanya bagaimana membuatnya, jom kita tengok resepi nasi ayam bakar ni di bawah

Resepi Nasi Ayam Bakar Spesial Wajib Cuba

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Sedap Terbaik

Bahan-Bahan

Bahan Untuk Nasi

  • 200gm beras putih
  • 3 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 3 cm halia | dikisar halus
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan minyak
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • 1 biji kiub ayam
  • 220ml air

Bahan Untuk Ayam

  • 3 ketul kepak ayam | dipotong dua
  • 3 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu makan madu
  • 2 sudu makan mentega | dicairkan
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara

  1. Untuk nasi, basuh beras dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan cairkan mentega bersama minyak.
  3. Tumis semua bahan yang dikisar halus tadi hingga wangi. Masukkan beras dan gaul rata.
  4. Padamkan api dan masukkan beras ke dalam periuk nasi automatik. Masukkan daun pandan, kiub ayam dan air. Kacau sebati. Biarkan masak.
  5. Sementara itu, gaulkan kepak ayam bersama bahan kisaran, oregano, madu, mentega dan garam secukup rasa.
  6. Perap selama setengah jam.
  7. Selepas diperap, letakkan kepak ayam pada dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 20 hingga 25 minit atau hingga masak.
  8. Hidangkan kepak ayam bersama nasi.

Source: EDITORIAL RASA

Nyerrr… Sedapnyeeee.. Ayam bakar spesial ni dah sedia dihidangkan. Hidangkan nasi ayam bakar ini semasa ia masih panas. Tambah sambal nasi ayam, pasti rasa ayam bakar ini sungguh sedap. Sila cuba resepi nasi ayam bakar ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Isi Ayam Masak Halia Mudah Sangat and Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *