Resepi Nasi Ayam Chicken Rice Shop Sedap Sangat Menyelerakan

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera rakan cantik lagi terbaik. Hari ni rakan dah makan masakan apa sahaja? Have idea tak nak masak apa untuk esok? Kalau takde idea sila rakan semak resepi sedap and mudah yang nak saya kongsikan ni. Entry now saya nak izin berkongsi resepi nasi ayam chicken rice shop sedap and menyelerakan. Resepi nasi ayam chicken rice shop ialah resepi ayam and nasi yang dihidang bersama dalam satu platting. Bahan utama resepi ni dah pasti ayam and nasi. Untuk lengkap bahan nya sila rakan semak bahan bahan resepi bawah ni. Kalau rakan nak try sila sedia bahan and langsung semak cara cara membuat resepi nasi ayam chicken rice shop sedap and menyelerakan ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Ayam Chicken Rice Shop Sedap Sangat Menyelerakan
Bahan bahan

  • 1 ekor ayam
  • Garam
  • 4” halia muda saiz 1/4” setiap satu
  • 2 batang daun bawang saiz 1″ setiap satu
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Bahan Nasi

  • 2 sudu besar chicken fat oil
  • (Cara nk dptkan chicken fat oil – goreng lemak ayam sehingga mengeluarkan minyak)
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • 1” halia muda – cincang
  • 2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu butter

Bahan Soso Cili

  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar sriracha chili sauce
  • 4 cili merah dan sedikit cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 1” halia
  • sedikit garam

Bahan Sos Ayam

  • 1 sudu besar minyak bwg putih
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 5 sudu besar light sos soya
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air rebusan ayam

Bahan Hiasan

  • 1/4 cawan dark soya sos
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 timun

Baca juga : Resepi Ayam Madu Bakar Merah Sedap dan Simple

Cara cara Membuat

  1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
  2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan isinya berjus. Buang halia dan daun bawang.
  3. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
  4. Untuk masak nasi : Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak bijan. Masukkan air rebusan ayam, butter n kiub pati ayam. Masak dalam periuk elektrik.
  5. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak bijan. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
  6. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
  7. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
  8. Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.

source : yasminhanifah

Sedap nyerrr resepi nasi ayam chicken rice shop ni. Pantas dicuba at home and hidang untuk keluarga terkasih. Resepi ni memang lengkap sangat dari nasi and hiasan saat platting pon ada. So kalau rakan cantik dah try jangan lupa untuk kongsikan hasilnya kat sini yer. Selain tu ada pulak resepi lain diblog ni seperti resepi nasi ayam hainan original, resepi nasi ayam hainan paling sedap and etc. Sila guna pencarian kat blog ni untuk peroleh resepi yang rakan suka. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam chicken rice shop sedap and menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube rakan cantik 😀

Baca juga : Resepi Rendang Ayam Minang Sedap Best and Mudah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *