Resepi Nasi Ayam Hainan Original Paling Sedap and Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera rakan semua. Semoga rakan semua selalu sihat and peroleh rezeki berlimpah lagi berkah. Jumpa kembali dengan saya yang gemar berkongsi resepi. Kali ni saya nak berkongsi resepi menu utama iaitu resepi nasi ayam hainan original sedap best and mudah lagi menyelerakan. Resepi nasi ayam hainan original merupakan resepi yang punyai kekhasan tersendiri kerana proses kukus ayam tu. Oke kalau rakan nak try at home sila sedia bahan bahan yang diperlukan seperti bahan A and etc. Lepas tu semak langsung sahaja resepi nasi ayam hainan original sedap and menyelerakan sangat bawah ni. JOm semak resepi nya.

Resepi Nasi Ayam Hainan Original Paling Sedap and Mudah

Bahan-bahan A

  • 1 ekor ayam ( ros guna yang se ekor 1kg tu)
  • 3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
  • 1/2 buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • sedikit garam

Bahan-bahan B – sambal lada

  • 1 biji capcicum merah ( leh guna lada merah)
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3/4 buku halia saiz sederhana ( agak2 je)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
  • 1 sudu besar cuka makan

Bahan-bahan C

  • 4 cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut isi rumah)
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 biji bawang putih
  • 2 inci halia ( dihiris nipis)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • ( kalau nak letak daun pandan pun buleh kasi tambah wangi)

Resepi lain : Resepi Ayam Bakar Berempah Best Sedap nya

Bahan-bahan D – sup ayam

  • 1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
  • 1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
  • daun sup

Bahan-bahan sampingan

  • salad
  • timun
  • tomato

Cara cara Membuat

  1. Mula-mula letak se-ekor ayam dlm periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
  2. Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
    bila nak makan nnt baru potong dan letakkan sedikit kicap cair ( ros guna soyu), renjis minyak bijan dan hias dgn hirisan daun sup.
  3. Buat sambal lada- blender semua bahan B dan masak hingga agak pekat.
  4. Untuk sup dan nasi pula, Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam
  5. dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti, masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
  6. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api, ok dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni. Walaupun step nye nampak banyak, tapi bila dah buat senang je, tak guna banyak masa pun.
  7. Nasi ayam hainan original sedia dihidang.

source : ceritajilaka

Sedap best la resepi nasi ayam hainan original ni. Resepi ni dah complete sangat kerana dah sedia sayur untuk kesihatan and untuk rakan yang gemar pedas pon dah ada sambal nya. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam hainan original sedap and menyelerakan sangat ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba rakan terbaik 😀

Resepi lain : Resepi Ayam Masak Lada Hitam Berkuah Best Sedap nya

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *