Resepi Nasi Ayam Mudah Rasa Paling Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Bagaimana khabar rakan-rakan? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Nasi ayam pastilah sudah amat famous untuk kita semua. Anda boleh dengan mudah mencari makanan ini di gerai-gerai makan atau di restoran. Nasi ayam sememangnya makanan yang mempunyai rasa yang lazat, oleh kerana itu ramai orang suka makanan ini. Hidangan ini sesuai untuk hidangan makan tengahari kerana ia mempunyai banyak hidangan sampingan seperti sup, ayam goreng, Kuah dan sos. Mungkin anda akan berfikir jika untuk membuat makanan ini adalah satu perkara yang sukar dilakukan. Tetapi, don’t wory, saya nak berkongsi resepi nasi ayam mudah dengan rasa paling sedap untuk anda.

Nasi ayam ni mudah untuk membuat, tetapi rasa tidak kalah with nasi ayam direstoran. Resipi ini saya dapat dari blog Kongsi Resepi Nasi Simple dan Sedap. Saya suka mengikuti blog ini, blog ini penuh dengan segala macam resipi nasi. OK, langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara membuat resepi nasi ayam mudah di bawah ni

Resepi Nasi Ayam Mudah Rasa Paling Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Halia Simple dan Paling Sedap

NASI AYAM

BAHAN UNTUK NASI

  • 3 cawan beras
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 2 helai daun pandan
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 kayu manis
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 2 bunga lawang
  • 1 batang serai ketuk
  • 4 buah pelaga
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
  • Sedikit garam

CARA MASAK NASI

  1. Tumbuk 1 cm halia, 3 ulas bawang putih hingga lembut dan ketuk 1 batang serai;
  2. Lepas tu basuh beras dan tos air;
  3. Siapkan kuali di atas api dan tumis 2 bawang lawang,1 kayu manis, 4 bunga pelaga, daun pandan halia, serai dan bawang putih hingga garing;
  4. Lepas tu masukkan beras yang dah dibasuh tu hingga masak dan naik bau;
  5. Kemudian masukkan garam, kunyit secukupnya dan masukkan air rebusan ayam;
  6. Masak nasi seperti biasa, nak dah masak boleh tepikan.

AYAM GORENG

BAHAN-BAHAN

BAHAN AYAM UNTUK DIREBUS

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 kiub ayam
  • 2 cm halia
  • 1 ekor ayam

BAHAN AYAM UNTUK DIPERAP

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Sedikit madu
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar kicap cair

CARA MASAK AYAM GORENG

  1. Mula-mula bersihkan ayam tu lepas tu toskan air dan lumukan dengan tumbukan 2 bawang putih dan halia tu hingga merata;
  2. Kemudian resbus ayam tu bersama 1 kiup ayam hingga ayam tu empuk;
  3. Siapkan bahan perapan dengan menumbuk bawang putih dan haila;
  4. Angkat ayam tu dan perap menggunakan bahan perap selama 30 minit;
  5. Lepas dah 30 minit goreng ayam tu dalam minyak kepanasan diatas api sederhana dan angkat lepas tu sapu dengan madu.

SUP

BAHAN UNTUK SUP

  • Air rebusan ayam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
  • 1 biji bawang besar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam

CARA MASAK SUP

  1. Mula-mula kisar 1 biji bawang besar
  2. Rebus ulang air resbusan ayam tu bersama bawang besar yang dikisar, garam secukupnya dan rempah sup bunjut;
  3. Bila dah mendidih masukkan taburan bawang goreng dan hirisan daun sup
    dan sisikan

SOS NASI AYAM

BAHAN UNTUK SOS CILI

  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 5 biji cili merah
  • 1 sudu besar cuka
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh gula
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh garam

CARA MASAK SOS CILI

  1. Kisar 5 biji cili merah, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia;
  2. Masak semua bahan diatas kuali hingga naik aroma.

KUAH KICAP

BAHAN KUAH KICAP NASI AYAM

  • Air rebusan ayam
  • Kicap manis
  • Kuah kicap perapan ayam
  • Sedikit garam

CARA MASAK KUAH KICAP

  1. Campurkan semua bahan air rebusan ayam, kicap manis, kuah kicap perapan ayam, sedikit garam dalam kuali dan masak seketika.
  2. Jika dah masak angkat dan sisikan;
  3. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Nyammmm.. sedapnyee nasi ayam ni. Selain mempunyai rasa yang sedap, cara membuat nasi ayam ni mudah pula. Kini anda tidak perlu pergi ke restoran untuk menikmati nasi ayam yang sedap. Sekarang anda boleh membuatnya sendiri di rumah dengan mudah dan Hidangkan untuk makan tengahari bersama keluarga. Sila cuba resepi nasi ayam mudah dan sedap ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Kaki Ayam Goreng Ranggup yang Simple dan Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.