Resepi Nasi Ayam Panggang Simple dan Paling Sedap

kongsiresepiayam.com – Hello, bagaimana khabar rakan-rakan? Semoga semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Nasi ayam telah menjadi makanan kegemaran ramai orang di Malaysia. Makanan ini adalah hidangan kegemaran untuk makan tengahari atau makan malam dengan kawan-kawan dan keluarga. Terdapat banyak jenis nasi ayam yang ada di Malaysia, seperti nasi ayam hainan, nasi ayam madu, nasi ayam panggang, nasi ayam kukus dan banyak lagi. Buat masa ini saye akan berkongsi salah satu hidangan nasi ayam yang menjadi kegemaran keluarga saye, nasi ayam panggang. Nasi ayam panggang telah lama hidangan kegemaran untuk makan tengahari atau makan malam dengan keluarga saye. Inilah resepi nasi ayam panggang yang simple dan sedap untuk anda cuba.

Nasi ayam panggang memang mudah kita dapati di gerai atau restoran. Ramai orang mungkin berfikir jika untuk membuat nasi ayam panggang ni adalah satu perkara yang sukar. Tetapi, sebenarnya untuk membuat nasi ayam panggang ni adalah satu perkara yang mudah. Resepi nasi ayam panggang ni nak membantu anda membuat nasi ayam panggang paling sedap di rumah. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Ayam Panggang Simple dan Paling Sedap

Baca Juga : Resepi Mee Goreng Ayam Simple dan Paling Sedap

Bahan-Bahan

Bahan Untuk Nasi

  • 4 mug beras basmathi(PUSA)
  • 6 mug air rebusan ayam
  • 2 ketul kiub pati ayam*
  • 3 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 7 helai daun bawang
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 helai daun pandan- di simpul
  • 4 – 5 sudu besar marjerin planta
  • **Blend @ tumbuk bahan2 yg bertanda ( * )

Bahan Untuk Sos Perapan Ayam panggang

  • 1 ekor ayam – kerat 4 dan cuci bersih
  • 7 sudu besar sos marinade ayam lee kum kee
  • 1 sudu besar serbuk chinese five spice mc cormick
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk chicken seasoning mc cormick
  • 5 sudu minyak jagung

Bahan Untuk Sup

  • 4 ulas bawang putih – di mayang
  • 3 inci halia – di mayang
  • 2 bungkus sup bunjut
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 keping kecil asam keping
  • Air rebusan ayam secukupnya

Bahan Untuk Sos Cili

  • 10/15 biji cili api merah – optional
  • 6 biji cili merah
  • 1 biji tomato- kerat kasar
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji limau kasturi @ limau nipis- perah
  • 1 sudu tomato sos
  • 3 sudu cili sos
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam dan gula secukupnya

Bahan Untuk Kicap

  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap manis secukupnya
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • Sedikit gula

Bahan Hiasan

  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-Cara

Mula2 buat air rebusan ayam…(masukkan air,sedikit daun bawang, halia & beberapa ulas bawang putih yang diketuk kasar)..tutup periuk dan masak hingga didih…Selepas air mendidih, masukkan ayam…biar ia masak selama 20 minit… selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan…

Cara Memasak Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend dan biar naik bau. ..kemudian masukkan bunga lawang, daun bawang dan daun pandan…bila dah layu sikit masukkan minyak bijan. ..kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam mengikut sukatan beras ye..biarkan hingga nasik masak.

Cara Memanggang Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar…gaulkan ayam dengan semua bahan perapan.. Sapu rata dan biarkan 1- 2 jam….selepas ayam diperap.. Susun ayam dalam tray yg sesuai, tinggalkan bahan2 sos perapan yg lebih tu…kemudian boleh lah bakar ayam dalam oven selama lebih kurang 1 jam 15min pada suhu 200c.. Baki sos perapan yang masih ada lebih tadi jangan buang ye…Setiap 20 minit keluarkan sekejap ayam dan sapukan ayam dengan lebihan sos perapan tadi, sehingga selesai bakar.. ( anggaran dalam 3-4 kali sapu sepanjang proses bakar ayam tu..) agak2 warna ayam dah bertukar coklat gelap dan kulit ayam nampak berminyak berkilat boleh diangkat ye..

Cara Memasak Sup

  1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia & sup bunjut hingga naik bau ye.. Masukkan serbuk lada sulah..
  2. Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi…kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa…masak hingga didih…perasakan sup.
  3. ( masukkan 1 kiub pati ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
  4. Selepas semua dah masak, boleh la di makan…cara penyediaan…timun, tomato dipotong nipis2…daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.. Taburkan juga bawang goreng..siap..

Cara Membuat Kicap 

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung)..selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur…agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya..(utk memekatkan kuah)

Cara Membuat Sos Nasi Ayam

Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur

Nasi ayam panggang yang paling sedap ni yang dah sedia dihidangkan. Kini anda boleh membuat nasi ayam panggang ni di rumah tanpa perlu pergi kerestoran untuk menikmati hidangan ayam panggang ni. Makanan ni adalah yang paling sesuai untuk hidangan Makan tengah hari bersama keluarga anda. Di samping itu untuk menjadikan ia mudah, nasi ayam panggang juga mempunyai rasa yang sedap. Sila cuba resepi nasi ayam panggang ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Halia Simple dan Paling Sedap

Incoming search terms:

  • resepi nasi ayam penyet sheila rusly
  • resepi nasi ayam sheila rusly

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *