Resepi Nasi Ayam Penyet Best Sedap nya and Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera semua kawan terbaik. Semoga hari dah peroleh rezeki berganda and semoga sihat selalu. Kali ni saya nak berkongsi resepi ayam iaitu resepi nasi ayam penyet yang sedap and mudah. Kawan disini dah pasti pernah makan nasi ayam penyet? How about taste? Menyelerakan bukan. Oleh itu saya nak kongsi resepi nasi ayam penyet tu. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Ayam Penyet Best Sedap nya and Mudah

Resepi Ayam Penyet

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam-potong 4 dan cuci bersih.Ayam direbus hingga empuk dan tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.Bila dah empuk angkat ayam dan toskan.
  • Air rebusan jangan dibuang kerana kita akan gunakan untuk memasak nasi dan juga untuk supnya.

Bahan perapan ayam :

  • 1/2 sdm jintan manis
  • 1/2 sdm jintan putih
  • 3 sdm ketumbar
  • Kesemua bahan ini di sangai dalam kuali tanpa minyak
  • 1 sdm serbuk kari ayam/daging
  • 1 sdm serbuk kunyit
  • 1/2 sdm serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1sdt garam
  • 1 sdm gula pasir-saya tambah
  • Sedikit serbuk perasa-saya tambah
  • Sedikit air untuk mengisar
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 cawan tepung beras-tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
  • 1 biji telur-tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup

Baca Juga : Resepi Ayam Paprik Ala Thai Sedap dan Mudah

Cara-cara Memasak :

  1. Masukkan bahan yang disangai bersama serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk lada putih,halia,bawang putih dan garam.Tambahkan sedikit air dah kisar hingga halus.Bila dah halus lumurkan pada ayam yang telah kita rebus tadi.Perap ayam ini semalaman sebelum digoreng.Bagi anda yang nak cepat 2/3 jam perap pun ok.
  2. Baki ramuan perapan ayam jangan dibuang.Anda boleh ambil sedikit dan gaulkan dengan tempe dan tauhu dan perap dalam bekas yang berasingan dengan ayam.
  3. Anda boleh goreng ayam ini bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah disediakan.Maknanya goreng ayam ini akhir sekalilah ya supaya ia masih panas bila dihidangkan dan keriuknya tu rangup!
  4. Baki perapan ayam atau tempe tu anda campurkan dengan tepung beras dan telur.Tambahkan sedikit garam jika kurang masin.Celupkan ayam tadi ke dalam campuran tepung dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan.Angkat dan toskan.Baki adunan tepung anda boleh renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
  5. Sebelum goreng ayam anda perlu goreng tempe dan tauhu dahulu.Baki minyak tu nanti baru goreng ayam.

Resepi Sambal Ayam Penyet

Bahan-bahan :

  • 20 biji cili merah-hiris
  • 10 biji cili api
  • 10 ulas bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 5 biji tomato-hiris
  • 5 cm belacan
  • 2 sdm ikan bilis
  • 3 sdm gula merah-saya guna gula melaka
  • Serbuk perasa-saya tambah

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Mudah Rasa Paling Sedap

Cara-cara Membuat :

  1. Panaskan minyak,goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika.Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah,bawang putih dan cili.Setelah layu masukkan tomato.Gaul rata dan tutup api.Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semula bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan,masukkan gula merah,serbuk perasa dan gaul rata.
  7. Rasa sambal yang terhasil,tambah gula,garam jika perlu.
  8. Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian.Simpan dalam peti sejuk.Panaskan sambal sebelum disajikan.

Resepi Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan :

  • 3 cawan beras-cuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntuk bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • Sedikit butter
  • Secubit garam
  • 6 cawan air rebusan ayam-sukatan air ini bergantung pada beras yang anda gunakan.
  • 1 helai daun pandan -simpul

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Simple dan Sedap Best

Cara-cara Membuat Resepi Nasi Ayam Penyet:

  1. Cairkan butter.
  2. Tumis bawang putih,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan daun pandan hingga harum.
  3. Masukkan beras dan masak sebentar 3-5 minit.
  4. Kemudian masukkan air rebusan ayam (anda boleh campurkan denga air sejuk sekiranya air rebusan ayam tidak mencukupi),perasakan dengan garam,masak nasi hingga sempurna.

Mudah and sedap terbaik resepi resepi nasi ayam penyet. Untuk resepi ni kawan sila cuba yer untuk jamuan makan petang. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam penyet yang sedap and mudah ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba 😀

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Simple dan Best Sedap nya

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *