Resepi Nasi Ayam Penyet Jawa Asli Original

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera sume. Hello kawan-kawan apa khabar? Mudah-mudahan rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Korang pasti tahu ayam penyet? Masakan yang berasal dari Indonesia ni memang disukai oleh ramai orang. Makanan ini kerap disajikan untuk Makan tengah hari atau untuk majlis bersama rakan-rakan atau keluarga. Terdapat pelbagai jenis ayam penyet yang terkenal di Malaysia, seperti ayam penyet wong solo, ayam penyet surabaya, ayam penyet azie kitchen, ayam penyet sheila rusly dan banyak lagi. Buat masa ni yang saya nak berkongsi resepi nasi ayam penyet Jawa asli untuk Anda sume.

Ayam penyet sebenarnya berasal dari Tanah Jawa di Indonesia. Ayam penyet Wong solo dan ayam penyet surabaya adalah ayam penyet Jawa yang terkenal. Ayam penyet Jawa mempunyai rasa yang tersendiri, anda perlu cuba masasakan. Ok, langsung sahaja kita tengok resepi nasi ayam penyet jawa di bawah ni

Resepi Nasi Ayam Penyet Jawa Asli Original

Baca Juga : Resepi Ayam Rendang Simple dan Sedap Best

Resepi Nasi Ayam Penyet Jawa

Ayam

Bahan perapan untuk ayam:

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
    (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-Cara

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Sambal Penyet

Bahan-Bahan Untuk Sambal

  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara Membuat Sambal Penyet

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  6. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  7. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  8. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  9. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Sup

Cara Mebuat Sup

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Tempe dan Tauhu Goreng

Bahan Untuk Tempe dan Tauhu Goreng

  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-Cara

  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.

Nasi Ayam Penyet

Bahan Untuk Nasi-  (utk 2 org)

  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 btg kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam/daging
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-Cara

  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara Penyediaan

  • Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
  • *Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Source: rempahnet

Ayam penyet jawa yang sedap dah sedia dihidangkan. Ayam penyet Jawa adalah paling sesuai dihidangkan untuk Makan tengah hari bersama keluarga dan rakan-rakan rakan-rakan anda. Ayam penyet Jawa yang lazat pastilah membuat sesiapapun suka hidangan ini. Sila cuba resepi nasi ayam penyet jawa ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Bakar Dalam Oven Simple dan Sedap

Incoming search terms:

  • resepi ayam penyet jawa timur
  • resepi nasi ayam penyet asli indonesia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.