Resepi Nasi Ayam Sedap dan Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, Hello bertemu lagi dengan saya yang sentiasa setia berkongsi resepi ayam yang paling sedap untuk anda. Ayam lagi ayam lagi, sekali lagi tidak bosan memasak ayam. Terdapat pelbagai jenis resepi ayam yang memiliki rasa sedap. Nasi ayam adalah salah satu makanan kegemaran orang ramai. Nasi ayam pastinya sudah amat biasa untuk kita semua. Hidangan ini mudah korang jumpa di gerai atau di resetoran. Sebenarnya, anda boleh membuat sendiri hidangan nasi ayam sedap ni. Buat masa ini saya nak berkongsi resepi nasi ayam sedap dan mudah untuk anda. Ini adalah resepi nasi ayam mudah yang anda boleh cuba di rumah. Jangan risau, rasa masakan ini tak kalah sedap dari resepi nasi ayam sheila rusly, hehee…

Nasi ayam sangat sesuai dihidangkan untuk makan tengahari atau makan malam bersama keluarga atau rakan-rakan. Masakan ini mempunyai banyak hidangan sampingan seperti kuah kicap, sos cili, sup nasi ayam dan ayam goreng. Hidangan ni cukup untuk membuat anda perut Anda penuh. OK, langsung sahaja kita tengok resepi nasi ayam sedap dan mudah di bawah ni

Resepi Nasi Ayam Sedap dan Mudah

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan yang Sedap dan Mudah

Resepi Nasi Ayam Sedap

Ayam Goreng

Bahan Untuk Ayam (direbus) :

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

Bahan Untuk Ayam (diperap) :

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Cara Memasak Ayam Goreng:

  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Nasi Ayam

Bahan Untuk Nasi:

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Cara Memasak Nasi:

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Sos Cili

Bahan Untuk Sos Cili:

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Cara Membuat Sos:

  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Sup

Bahan Untuk Sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Cara Memasak Sup:

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Kuah Kicap

Bahan Untuk Kuah Kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Memasak Kuah Kicap:

  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.
  2. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Source: iresepi

Nasi ayam yang paling sedap dah ready untuk dihidang. Nasi ayam ini benar-benar mempunyai rasa yang sedap, keluarga saya pun suka. Apabila kawan-kawan saya melawat rumah, saya biasa menyediakan hidangan ini untuk mereka. Sila cuba resepi nasi ayam sedap ni di rumah, dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Pandan Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *