Resepi Nasi Briyani Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera sume. Hello kawan-kawan apa khabar semua? saya berharap semua kawan-kawan dalam Kesihatan yang baik dan sentiasa mendapat rizki yang banyak. Berjumpa lagi dengan saya yang berkongsi aneka resepi ayam sedap untuk anda semua. Semalam suami mahu ayam masak merah. OK, saya nak membuat ayam masak merah yang paling lazat. Selain ayam masak merah, untuk menambah rasa sedap masakan ini, anda perlu masakan nasi yang sesuai untuk hidangan ayam masak merah ni. Terdapat beberapa masakan nasi yang biasa dihidangkan bersama ayam masak merah ni seperti nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani. Buat masa ini saya nak berkongsi resepi nasi briyani ayam masak merah yang sedap dan mudah untuk anda.

Sebelumnya saya pernah buat nasi minyak ayam masak merah untuk keluarga saya. Jika anda ingin lihat resipi ni, anda boleh melihatnya di sini. Buat masa ini saya nak cuba membuat nasi briyani ayam masak merah, kerana saya tidak pernah membuat hidangan ini, hehee… Jika anda mahu belajar membuat hidangan ini, jom kita sama-sama tengok resepi nasi briyani ayam masak merah di bawah ni

Resepi Nasi Briyani Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

Baca Juga : Resepi Rendang Ayam Paling Sedap dan Mudah

Nasi Briyani

Bahan-bahan :

  • 3 cawan beras basmathi – cuci dan toskan
  • 1/2 biji bawang besar – dimayang
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 bungkus perencah nasi briyani MAGGI
  • 1 ketul ayam – dipotong
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan kismis
  • 2 sudu besar susu cair
  • Sedikit daun ketumbar

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi ke dalam periuk, tumis bawang yang telah dimayang hingga naik bau.
  2. Masukkan perencah nasi briyani MAGGI dan ayam yang telah dipotong, kacau sebati.
  3. Masukkan beras yang telah ditoskan, goreng sekejap bersama campuran rempah dan ayam tadi.
  4. Masukkan air dan susu cair, masak hingga agak kering, masukkan kismis dan daun ketumbar.
  5. Kecilkan api, tutup periuk dan biar hingga nasi masak.
  6. Kaup balik nasi dan matikan api, sedia untuk dihidangkan.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :

  • 10 ketul paha ayam
  • 20 biji cili kering – direbus dan dikisar
  • 2 biji cili merah – dikisar
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 1/2 kuib ayam
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam @ secukup rasa
  • Sedikit daun bawang dan daun sup

Bahan tumis:

  • Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • 1 batang serai dititik
  • 2 ulas bawang merah – dimayang

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar dan kuib ayam, masak sekejap hingga mendidih.
  • Masukkan paha ayam dan air, masak hingga mendidih.
  • Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebati, masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong pendek2, kacau sebati.
  • Matikan api dan siap untuk dimakan.

Source: Mr. Mama

Nasi beriani dengan ayam masak merah dah sedia dihidangkan. Alhamdulaillahh… Akhirnya selesai pula membuat hidangan ini. Rasa hidangan ini pun sedap, suami saya suka, hehee… Sila cuba resepi nasi briyani ayam masak merah ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Let’s Try 🙂

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

  • resepi ayam masak merah madu nasi beriani

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *