Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera. Hello apa khabar rakan-rakan? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Buat masa ni saya nak berkongsi resepi nasi lemak ayam berempah simple dan sedap. Nasi lemak memang biasa dijadikan hidangan untuk makan pagi atau makan tengahari untuk ramai orang. Rasa makanan ini membuatkan ramai orang suka makanan ini. Jika nasi lemak dihidangkan dengan ayam berempah dan sambal nasi lemak, pastilah sangat lazat. Bayangkan makanan ni membuat saya ingin makan cepat-cepat masakan ni. Jom langsung sahaja kita tengok bahan-bahannya dibawah ni

Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Simple dan Best Sedap nya

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk masak nasi

  • 2 cawan beras – dibasuh dan toskan airnya
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 inci halia – dihiris nipis
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan ayam goreng berempah simple

  • 1 ekor ayam dipotong empat atau lapan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam
  • 3 sudu besar serbuk cili – boleh kurangkan jika tidak suka pedas
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 3 tangkai daun kari

Bahan-bahan untuk masak sambal

  • 10 tangkai cili kering – direbus terlebih dahulu
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • segengam ikan bilis

Cara-Cara

Cara penyediaan nasi

  1. Langkah pertama, basuh beras seperti biasa dan toskan airnya sehingga kering
  2. Kemudian masukkan beras ke dalam periuk nasi
  3. Masukkan 3 cawan santan kedalam beras
  4. Kemudian, masukkan hirisan halia dan sedikit garam ke dalam beras
  5. Masukkan daun pandan yang disimpul tadi kedalam beras supaya nasi akan wangi
  6. Tanak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi

Cara buat ayam berempah

  1. Langkah pertama, kisarkan semua bahan perapan sehingga halus kecuali daun kari
  2. Kemudian lumurkan semua bahan perapan ke semua bahagian ayam. Gaulkan sehingga rata
  3. Perapkan satu jam atau semalaman bersama daun kari
  4. Kemudian, goreng ayam dengan menggunakan minyak yang banyak
  5. Goreng ayam sehingga kekuningan
  6. Apabila masak, angkat dan toskan minyaknya

Cara memasak sambal

  1. Langkah pertama, kisarkan semua bahan tadi sehingga lumat kecuali ikan blis
  2. Panaskan minyak dengan api yang sederhana panas
  3. Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu sehingga garing
  4. Kemudian, angkat ikan bilis dan toskan minyaknya
  5. Jangan dibuang minyak yang goreng ikan bilis.
  6. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak
  7. Perasakan dengan gula dan garam

Tips memasak resepi nasi lemak ayam berempah

  1. Untuk perapan ayam, untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, anda boleh perapakan ayam semalaman sebelum mengoreng. Jika kesuntukan masa, perapkan ayam selama 1 jam.
  2. Sambal nasi lemak lebih sedap dimasak terlebih dahulu sebelum memasak nasi kerana rasa sambal akan lebih sekata apabila dimakan bersama nasi dan ayam. Untuk perapan ayam pula, lebih mudah jika disediakan terlebih dahulu untuk menjimatkan masa memasak anda

Nasi lemak ayam berempah dah sedai dihidangkan. Sila cuba resepi nasi lemak ayam berempah ni di rumah dan menikmati menu makan pagi istimewa ini bersama keluarga anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Halia Simple dan Paling Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.