Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera sume. Hello jumpa lagi dengan saye yang selalu berkongsi pelbagai resepi ayam yang paling sedap untuk anda. Bagaimana khabar rakan-rakan? Semoga rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Nak masak apa hari ni? Mahu hidangan ayam yang lazat dan sedap? Saye punya satu ide untuk anda yang risau tentang nak masak apa hari ini. Nasi lemak kukus ayam goreng berempah adalah satu hidangan yang mesti Anda cuba. Inilah makanan yang mempunyai rasa yang sedap. Keluarga saye pun benar-benar suka hidangan ini. OK, buat masa ni saye nak berkongsi resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah yang paling sedap untuk anda.

Ini adalah resipi yang mudah untuk anda cuba di rumah. Jangan risau, walaupun jika anda baru belajar untuk masak, cara buat nasi lemak kukus bukan satu perkara yang sukar. Di samping itu, cara buat ayam berempah adalah juga mudah. OK, untuk menjadi lebih jelas, jom kita tengok resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah dibawah ni

Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Kelantan Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

Bahan-bahan Untuk Nasi Lemak Kukus

  • 5 cawan beras
  • Santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit Garam
  • Daun pisang

Bahan-bahan Untuk Sambal Ikan Bilis

  • 2 Mangkuk kecik ikan bilis (Siap kopek & basuh)
  • 1 biji bawang bombay (Di blend)
  • 5 sudu cili giling
  • 8-10 bawang merah (Dihiris)
  • 1 Inci belacan bakar
  • 1/2 sudu gula
  • 100ml air asam jawa
  • Sedikit minyak
  • Sedikit garam

Bahan-bahan Untuk Ayam Goreng Rempah

  • 1 ekor ayam (Potong 8)
  • 1 biji telur
  • 2 inci halia**
  • 2 biji bawang besar**
  • 6 ulas bawang putih**
  • 7 batang serai**
  • 1 1/2 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk)
  • 1 1/2 sudu besar jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu gula
  • 3 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • sedikit kunyit

Bahan-bahan Sampingan

  • 100g kacang tanah
  • 4 biji telur rebus
  • 1 biji timun

Cara-caranya

  1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam. Didihkan air dalam pengukus. lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus.(jangan besar, nanti beras terkeluar). Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
  2. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam.
  3. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
  4. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit.
  5. Bersihkan ayam. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air. kisar hingga serai hancur. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur. Satukan semuanya bahan rempah. telur, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari. Tambah garam dan sedikit gula. Gaul ayam bersama aduan dan perap selama 1 jam (Lagi lama perap, lagi sedap).
  6. Panaskan minyak dengan api sederhana. (Pastikan minyak banyak supaya goreng sekata). Masukkan ayam dan goreng sehingga masak dan warna keperangan. Toskan dan diletakkan ke dalam pinggan.
  7. Panaskan minyak didalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan apabila masak. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili giling bersama-sama belacan dan bawang blend sehingga cili giling itu masak. Masukkan bawang yang dihiris bersama air asam jawa dan masak seketika. Letakkan sedikit gula dan garam untuk menambah rasa. Akhir sekali,
  8. Masukkan ikan bilis dan gaul sekata sehingga masak dan pekat.

Source: resepisedapsentiasa

“Note : Lebih enak masak ayam ketika hendak dihidangkan supaya ayam dalam keadaan panas.”

Sedapnyeee.. Nasi lemak kukus ayam berempah yang paling sedap dah siap dihidang. Aroma ayam goreng berempah ini benar-benar membuat saya nak cepat memakanya, hehee… Bagi Anda yang belum pernah cuba untuk membuat hidangan ini, anda harus mencubanya. Sila cuba resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Penyet Wong Solo Asli Paling Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *