Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Hello kawan-kawan, apa khabar semua? Semoga semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Semalam saya melawat rumah sahabat. Pada waktu makan tengahari, saye dihidangkan nasi minyak bersama ayam masak merah. Rasanya yang benar-benar sedap, saya pun nak ingin cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Selepas saya pulang ke rumah, saya pun mencari Resipi ni di internet. Saya dapati resepi nasi minyak ayam masak merah ni dari blog resepiliya. Saya cuba resipi ni di rumah, ia benar-benar membuat saya cinta, hehee… Rasa nasi minyak ni benar-benar menyelerakan dan rasa sedap dari ayam masak merah juga membuat keluarga saya sangat suka hidangan ini.

Nasi minyak ayam masak merah memang paling sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam. Walaupun dibuat daripada beras biasa, nasi minyak beras biasa ni tetap memiliki kelazatan. Bagi anda yang ingin mencuba membuat Resepi nasi minyak ayam masak merah ni, jom kita tengok bahan-bahannya di bawah ni

Resepi Nasi Minyak Ayam Masak Merah Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Kaki Ayam Masak Kicap Simple dan Sedap

Untuk Nasi Minyak

Bahan-Bahan

  • 1 sudu minyak sapi
  • 10 biji kismis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 2 tin beras biasa
  • 2 1/2 tin air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 helai daun pandan
  • pewarna hijau
  • pewarna merah

Cara Membuat

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi, masukkan bunga cengkih, kayu manis, pelaga, lawang.
  2. Dah bau wangi, masukkan air dan susu cair
  3. Dalam 10 minit, masukkan kismis gaul sekali je.
  4. Letak atas periuk nasi letrik dan tekan, dalam 10 minit lagi tu letak daun pandan. Titiskan pewarna hijau sikit dan merah sikit.

Untuk Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan

  • Ayam separuh ekor (potong kecil2).
  • Cili kering 10 biji (potong2 dan rendam dalam air panas)
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 3 biji
  • Kulit kayu manis 1 inci
  • Bunga Lawang 1 kuntum
  • Halia seinci
  • Serai sebatang
  • Gula Merah sesudu besar
  • Lengkuas 1/2 inci
  • Sedikit minyak masak

Cara Membuat

  1. Ayam dibasuh, dilumur kunyit dan garam. Goreng.
  2. Sementara tu, blend Lengkuas, Halia, Bawang merah dan bawang putih.
  3. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis. Bila bau dan naik, masukkan bahan2 yg di blend.
  4. Masukkan Cili yg sudah dibasuh2 dulu dan buang biji dia (blend dalam bekas blender bawang tadi).
  5. Masukkan Serai. Kacau-kacau sikit, tunggu dalam 5 minit sampai dah nak garing dan naik bau.
  6. Masukkan air asam jawa, garam dan gula merah. Gaul rata.
  7. Dah mendidih baru lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi

Untuk Acar

Bahan-Bahan

  • 1 biji cili benggala hijau
  • 1 biji cili benggala merah
  • 1 biji bawang besar di potong memanjang
  • Sedikit kobis.

Cara Membuat

  1. Cuka, garam dan gula Mayang kesemua bahan.
  2. Masukkan sesudu besar cuka, secubit garam dan secubit gula.
  3. Masukkan air masak, gaul dengan sudu supaya rata.

Nasi minyak ayam masak merah yang paling sedap dah siap dihidangkan. Selain mempunyai kelazatan, nasi minyak ayam masak merah ni juga mudah untuk membuatnya. Sila cuba resepi nasi minyak ayam masak merah ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Kelantan Simple dan Sedap

Incoming search terms:

  • ayam masak merah nasi minyak mudah
  • resepi nsi minyak sedap dan simple

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *