Resepi Nasi Paprik Ayam Simple dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera sume. Hello kawan-kawan, apa khabar semua hari ini? Mudah-mudahan hari ini rakan-rakan sihat sentiasa. Nak masak paprik ayam? paprik ayam adalah hidangan untuk peminat masakan pedas. Rasa pedas dari paprik ayam ni membuat sesiapa pun pasti menjadi ketagih. Di samping itu, ayam paprik ni mudah juga untuk membuatnya. Jika anda tak pernah merasai hidangan ini, masakan ni wajib Anda cuba. Anda akan pasti menjadi ketagih. Buat masa ini saya nak berkongsi resepi nasi paprik ayam simple dan sedap untuk anda.

Ayam paprik paling lazat dihidangkan bersama nasi hangat. Rasa ayam paprik ni pastilah bertambah sedap. Mungkin anda akan berfikir jika untuk membuat ayam paprik ini adalah satu perkara yang sukar. Jangan risau, ini adalah cara masak paprik mudah yang anda boleh cuba di rumah. Ok, jom kita tengok resepi nasi paprik ayam simple dan sedap di bawah ni

Resepi Nasi Paprik Ayam Simple dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Sedap Sangat

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam – dipotong kecil2
  • 4 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 labu bawang besar – dimayang
  • 2 btg serai – dititik
  • 2 biji buah tomato – dipotong 4
  • 5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
  • 2 biji limau kasturi – diambil jusnya
  • 5 helai daun limau purut – carik-carikkan
  • Bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

Cara Memasak :

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Source: resepi2ku

Nasi paprik ayam yang paling lazat dah sedia dihidangkan. Sangat mudah untuk membuat masakan khas ini. Hidangkan untuk makan malam bersama keluarga anda. Sila cuba resepi nasi paprik ayam ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.