Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap

kongsiresepiayam.com – Hello kawan-kawan, apa khabar semua hari ini? Mudah-mudahan rakan-rakan hari ini sentiasa diberikan kemudahan dalam segala urusan. Korang suka ayam paprik? Saya pun suka, hehee… paprik ayam mempunyai rasa yang tersendiri yang menjadikan ia disukai oleh ramai orang. Paprik ayam juga menjadi kegemaran keluarga saya untuk hidangan makan tengahari. Ramai orang berfikir jika untuk membuat ayam paprik adalah satu perkara yang sukar. Jika korang berfikir seperti itu, korang salah. Kerana buat masa ini saya nak berkongsi resepi paprik ayam mudah dan sedap untuk anda.

Walaupun ayam paprik nimudah untuk membuatnya, jangan risau. Ayam paprik ini tetap memiliki rasa yang sedap. Rasa ayam paprik ini pun tak kalah sedap dari paprik ayam azie kitchen atau ayam paprik sheila rusly, hehee… ok, jika anda ingin membuat paprik ayam ni, jom kita tengok resepi paprik ayam mudah dan sedap di bawah ni

Resepi Paprik Ayam Mudah dan Sedap

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Merah Madu Simple dan Sedap

Bahan-Bahan

  • 2 ketul ayam di potong kecil
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • Sedikit halia
  • 3 batang serai di ketuk
  • 5 helai daun limau purut di potong halus
  • Sos tiram – sesedap rasa
  • Sos cili – sesedap rasa
  • Kicap manis -sesedap rasa
  • Sos tomato – sesedap rasa

Bahan-Bahan Sayur

  • Cendawan
  • Lobak merah dipotong ikut suka
  • Bunga kubis (kalu ada)
  • Lada besar merah
  • 1 biji tomato

Cara Membuat

  1. Goreng ayam dahulu.. jangan terlalu garing kemudian tos kan (ketepikan dulu)
  2. Panaskan minyak, masukkan serai + bawang merah + bawang putih + halia, goreng sampai naik bau.
  3. Kemudian masukkan segelas air panas atau lebih ( Jika nak kuah lebih, masukkan 2 gelas air) masukkan daun limau purut + lobak merah + bunga kubis. Biar mendidih sekejap.
  4. Kemudian masukkan sos tiram + sos cili + sos tomato + kicap manis + sedikit garam. Biarkan mendidih baru dimasukkan ayam yang di goreng tadi + cendawan + bawang besar + tomato + lada merah. (Kalu nk pedas boleh letak cili api) Biarkan kuah sedikit pekat baru angkat

Source: Pembekal Serai Peha Ayam

Paprik ayam ni paling sedap dihidangkan semasa masih panas. Jika korang suka pedas, korang pun boleh menambahkan Cile api lagi, bergantung kepada citarasa korang. Sila cuba resepi paprik ayam mudah dan sedap ni di rumah dan jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Hainan Original Paling Sedap and Mudah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.