Resepi Rendang Ayam Cili Padi Pedas Simple

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Siapa yang suka dengan rendang ayam? Jika Anda suka, saya pun suka, hehee… Makanan ni biasanya disajikan untuk majlis pernikahan atau yang lainya. Pastilah semua orang sudah tahu lezatnya masakan ini. Ada berbagai jenis rendang ayam, salah satu yang menjadi favorit saya adalah rendang ayam cili padi. Rasa pedas dari rendang ayam ni benar-benar membuat saye kecanduan, kerana saya suka masakan pedas. Bagi Anda pecinta masakan pedas, buat masa ini saya akan berkongsi resepi rendang ayam cili padi pedas dan simple untuk Anda.

Rendang ayam padi memang paling terkenal yang berasal dari negeri sembilan. Negeri sembilan yang memang terkenal masakan rendangnya, rendang daging negeri sembilan haruslah anda cuba juga. Rendang ayam cili padi negeri sembilan mempunyai rasa pedas yang khas. Tetapi, saya akan cuba untuk membuat sendiri, sudah tentu rasanya kalah sedap dari negeri Sembilan. Jom langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Pedas Simple

Baca Juga : Resepi Kaki Ayam Goreng Ranggup yang Simple dan Sedap

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
  • 1 paket (320ml) santan sawit KHALIS
  • 4 cawan air
  • 4 helai daun kunyit – dihiris kasar
  • 3 – 4 helai daun limau purut – disiat
  • 2 – 3 keping asam gelugor
  • 2 batang serai – dititik
  • 3 senduk nasi kerisik
  • 2 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan untuk dikisar halus

  • 15 biji cili padi hijau
  • 15 biji cili padi merah
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 6 batang serai – dihiris
  • 5 biji buah keras
  • Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.

Cara membuatnya

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut
  3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik (opysen). Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah.

Source : Kak Noor

Rendang ayam cili padi dah sedia untuk dihidangkan. Aroma masakan ini benar-benar membuat lidah menari-nari. Tidak sabar untuk menikmati makanan ini. Sila cuba resepi rendang ayam cili padi di rumah dan Hidangkan bersama nasi hangat. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Ayam Masak Halia Simple dan Paling Sedap

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.