Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan yang Sedap dan Mudah

kongsiresepiayam.com – Assalamualaikum, salam sejatera sume. Anda suka rendang ayam? Saya pun suka. Hehee… Rendang ayam adalah makanan yang disukai ramai orang. Makanan ni biasanya dihidangkan untuk majlis perkahwinan atau majlis dengan kawan-kawan. Terdapat beberapa rendang ayam yang terkenal di Malaysia, seperti rendang ayam nergeri Sembilan. Rendang ayam ni sudah diketahui oleh ramai orang kerana ia mempunyai rasa yang sedap. Jika anda tak pernah merasai hidangan ini, anda harus mencubanya. Buat masa ini saya nak berkongsi resepi rendang ayam negeri sembilan yang sedap dan mudah untuk anda.

Rendang negeri sembilan adalah rendang ayam simple yang anda boleh buat sendiri di rumah. Walaupun membuatnya mudah, jangan risau, rendang ayam ini adalah salah satu yang paling lazat di Malaysia. Mungkin jika anda pernah mencuba membuat resepi rendang ayam minang, rasa kedua hidangan ini tidak banyak berbeza, sama sedap. Ok, langsung sahaja kita tengok resepi rendang ayam negeri sembilan di bawah ni

Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan yang Sedap dan Mudah

Baca Juga : Resepi Ayam Goreng Pandan Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 kg ayam dipotong kecil
  • 1 sudu besar serbuk kunyit atau 4 inci kunyit hidup
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 helai daun kunyit di hiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 cawan perahan air asam jawa
  • garam secukup rasa

Bahan kisar

  • 30 tangkai cili padi lagi banyak cili lagi pedas
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 12 ulas bawang merah dihiris
  • 6 ulas bawang putih dihiris

Cara Memasak

  1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit. Panaskan api sederhana.
  2. Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala.
  3. Kemudian baru masukkan santan dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam.
  4. Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa (boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor). Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  5. Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik. Masak di atas api yang sederhana.
  6. Selepas dalam 15 minit bolehlah buat keputusan samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak, atau kalau nakkan rendang yang berkuah sedikit, bolehlah perlahankan api.

“Notes : Kerisik hendaklah digoreng tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan minyak terlebih dahulu.”

Source: sedaptube

Rendang ayam negeri sembilan telah siap dihidangkan. Sedapnyeee.. Di samping itu untuk membuat hidangan ini adalah satu perkara yang mudah, hidangan ini benar-benar mempunyai rasa yang sedap. Sila cuba resepi rendang ayam negeri sembilan ni di rumah dan berkhidmat kepada keluarga anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 🙂

Baca Juga : Resepi Ayam Percik Madu Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

  • resepi rendang daging cili padi negeri sembilan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.